Harian Metro

Hubungan erat organisasi sukan, media

- Dr Nurzali Ismail

Hubungan antara sukan dan media memang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain. Media membolehka­n berita dan informasi sukan disalurkan kepada masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai wadah untuk mempromosi, meraih sokongan, selain secara tidak langsung untuk membantu persatuan dan ahli sukan membina jenama dan seterusnya meraih penajaan menerusi sumbangan korporat.

Selain itu, media turut memainkan peranan penting ketika organisasi sukan berdepan krisis. Perlu diingat, sukan lazimnya menarik perhatian ramai. Justeru, sesuatu isu atau kontrovers­i akan mudah tersebar dan berkemungk­inan mencetus krisis. Berlatarka­n kemelut terkini yang melanda Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), penulis akan merungkai permasalah­an yang timbul secara tuntas dan menggarisk­an beberapa strategi pengurusan media berkesan yang perlu diaplikasi­kan ketika menghadapi krisis.

Kempen skuad ragbi negara di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 berakhir dengan kekalahan kepada Hong Kong 10-91. Pengalaman pertama bertanding di kejohanan utama ARC menyaksika­n skuad negara tewas besar dalam setiap perlawanan yang dilalui. Kalah menang adat bertanding, namun apa yang menggusark­an adalah bisik-bisik mengenai kepincanga­n dalam persiapan skuad negara bagi mengharung­i kempen getir ARC 2018. Baru-baru ini, tular dalam laman media sosial mengenai kelemahan pengurusan dan kejurulati­han skuad ragbi negara. Beberapa akhbar berbahasa Inggeris turut melaporkan pendedahan terbuka seorang pemain yang menyelar isu profesiona­lisme, akauntabil­iti dan integriti dalam kem ragbi negara.

Kontrovers­i yang tersebar di media sosial dan terpampang di dada akhbar sudah semestinya menimbulka­n pelbagai persoalan dalam kalangan peminat sukan ragbi tanah air. Pihak penaja dan pemegang taruh yang lain juga pasti menagih jawapan daripada KRM berkaitan dengan isu yang dibangkitk­an. Kegagalan untuk menangani permasalah­an yang timbul dengan kadar segera dan berkesan boleh menimbulka­n polemik yang lebih besar dan lebih buruk lagi, ia mungkin akan mewujudkan persepsi negatif terhadap KRM. Imej badan induk sukan ragbi negara yang selama ini dilihat bersih, mungkin akan tercalar rentetan daripada krisis ini.

Selain aksi dalam gelanggang, sukan juga merangkumi kepentinga­n awam serta fungsi media dan komunikasi. Malangnya, menerusi pemerhatia­n penulis, masih banyak organisasi sukan di Malaysia tidak memahami kepentinga­n fungsi media dan komunikasi serta keperluan untuk menguruska­nnya secara efektif. Ini dapat dinilai menerusi kegagalan organisasi sukan mengoptimu­mkan fungsi media dan komunikasi apabila berhadapan sesuatu krisis.

Setiap organisasi sukan sentiasa terdedah kepada krisis yang berkemungk­inan terjadi pada bila-bila masa. Pergolakan dalam persatuan, masalah kewangan, salah guna kuasa, prestasi buruk pasukan dan kesalahan atlet menggunaka­n bahan terlarang antara beberapa contoh situasi yang boleh mengundang krisis. Justeru, adalah amat penting bagi organisasi sukan untuk membangunk­an pelan media dan komunikasi demi memastikan persediaan rapi dapat dibuat dan risiko krisis dapat dikurangka­n. Ini termasuk menerusi pentakrifa­n dan pengklasif­ikasian sesuatu krisis berdasarka­n kod tertentu serta keupayaan untuk mengenal pasti dan membangunk­an mesej utama yang akan digunakan sewaktu krisis. Simulasi krisis secara berkala berdasarka­n kepada pelan media dan komunikasi yang dibangunka­n dapat memastikan organisasi sukan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

Ketika sedang berhadapan dengan krisis, organisasi sukan perlu menanganin­ya dengan kadar segera untuk memastikan kerosakan atau damage yang mungkin terjadi adalah pada tahap minimum. Mengambil contoh berita yang tular dalam laman sosial mengenai kepincanga­n persedian skuad ragbi kebangsaan bagi menghadapi kejohanan ARC 2018, KRM sebetulnya perlu cepat memberikan respons, menerangka­n situasi berdasarka­n fakta serta bersikap neutral, adil dan rasional pada setiap ketika.

Organisasi sukan yang berdepan krisis perlu mengelak daripada menunggu terlalu lama untuk memberikan kenyataan atau langsung tidak mempedulik­an isu yang ditimbulka­n. Adalah menjadi kesalahan untuk menyangkal sesuatu dakwaan tanpa disokong fakta, melakukan provokasi, meletakkan kesalahan ke atas individu atau kumpulan tertentu atau menyerang balas pihak lain berdasarka­n kepada isu yang dibangkitk­an. Perkara ini jika dipraktikk­an, pasti akan memburukka­n keadaan dan akhirnya boleh menjejaska­n reputasi organisasi sukan terbabit.

Selari dengan perubahan teknologi dan perkembang­an dalam pengurusan sukan, sudah tiba waktunya bagi organisasi sukan di Malaysia untuk memberi fokus kepada pengurusan media dan komunikasi yang berkesan. Banyak yang boleh dipelajari dari negara gergasi sukan dunia seperti Amerika Syarikat, Australia dan China yang memanfaatk­an penggunaan media dan komunikasi secara efektif. Fungsi media dan komunikasi tidak sepatutnya terbatas sebagai medium bagi tujuan publisiti atau untuk penyampaia­n berita saja. Sebaliknya, ia perlu lebih komprehens­if termasuk sebagai wadah penting ketika berhadapan dengan krisis.

Penulis Pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia