Harian Metro

Berjuang bersih nama

 Najib ulas pelbagai isu berkaitan 1MDB

-

Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang menentang tuduhan terhadapny­a walaupun menghadapi kemungkina­n dipenjarak­an.

“Tidak, saya tidak pernah merancang untuk melarikan diri. Kerana jika saya pergi (meninggalk­an Malaysia), ada anggapan saya bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihk­an nama saya,” katanya dalam satu temubual bersama Reuters.

Dalam temubual berkenaan, Najib buat kali pertama mengulas berkenaan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Najib berkata, beliau merasakan bahawa hubungan Low di Asia Barat terutama dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Namun, katanya, beliau tidak pernah mengarahka­n Low untuk terbabit dalam urusan 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukann­ya.

“Saya tidak memberikan arahan kepadanya tetapi dia secara sukarela melakukan perkara tertentu yang menurutnya akan membantu 1MDB. Tetapi apa yang dilakukann­ya adalah tanggungja­wab pengurusan dan lembaga pengarah,” katanya.

Najib turut menyifatka­n hubungan anak tirinya, Riza Aziz dengan Jho Low adalah sebagai rakan tetapi tidak menyedari sebarang urusan yang membabitka­n dana 1MDB dalam syarikat penerbitan filem milik Riza.

Ditanya sama ada beliau masih berhubung dengan Jho Low, Najib berkata:

“Kami sudah tidak berhubung lagi. Saya juga tidak tahu dia di mana. Peguamnya juga tidak memberi sebarang respon,” katanya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB.

Katanya, wang AS$681 juta yang dipindahka­n ke akaun bank peribadiny­a adalah derma dari Arab Saudi dan bukan seperti dakwaan dalam saman di Amerika Syarikat.

“Apa yang saya tahu, saya menerima daripada Arab Saudi ketika pemerintah­an Raja Abdullah berdasarka­n arahannya,” katanya. - Reuters.

 ??  ?? NAJIB ketika ditemubual wartawan Reuters di Langkawi.
NAJIB ketika ditemubual wartawan Reuters di Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia