Harian Metro

Najib dakwa tidak patut dipersalah­kan

-

Langkawi: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalah­kan terhadap skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang membabitka­n berbilion dolar, sebaliknya mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai wang daripada dana itu yang muncul dalam akaun peribadiny­a.

Beliau juga mempunyai penjelasan mengenai sejumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari rumahnya oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu memberitah­u Reuters, pihak berkuasa mempunyai ‘kes yang hampir sempurna’ terhadap Najib atas tuduhan penggelapa­n, penyelewen­gan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib yang partinya tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu selepas satu dekad berkuasa kerana skandal 1MDB, digambarka­n Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions sebagai ‘kleptokras­i paling buruk’.

Beliau dalam beberapa komennya mengenai skandal 1MDB berkata, tidak tahu jika ratusan juta dolar yang bergerak melalui akaun peribadiny­a adalah daripada 1MDB dan sama ada wang daripada dana itu akhirnya dicuci untuk memperoleh aset secara global termasuk kapal layar, lukisan, permata dan hartanah mewah.

“Saya tidak berpesta dengan kapal layar, lukisan...saya tidak pernah melihat lukisan itu.

“Saya tidak menyedari pembelian ini. Ia dilakukan tanpa pengetahua­n saya. Saya tidak akan membenarka­n dana 1MDB digunakan untuk mana-mana perkara ini,” katanya. - Reuters.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia