Harian Metro

Tidak pernah terduga

Fikry lebih suka mendaki perlahan-lahan, Nabila enggan bandingkan diri dengan penyanyi lain

- DARI MUKA R27

Bagi jejaka tampan, Fikry yang mendapat tempat ketiga dalam program realiti Lawak Solo ini pula sudah boleh menghela nafas lega. Ini kerana lakonannya mula menjadi dambaan ramai sehingga kehadirann­ya acap kali mewarnai drama bersiri tempatan. Bagaimanap­un, dua figura ini sedar perjalanan seni yang mereka nikmati tidak akan bertahan lama sekiranya tiada perancanga­n rapi pada masa depan.

Fikry berkata, walaupun gembira dan bersyukur laluan kerjaya seninya mencatatka­n pencapaian yang baik, dia juga bimbang kerana orang lain meletakkan harapan tinggi terhadapny­a.

“Alhamdulil­lah, jika dibandingk­an tahun lalu, saya rasa tahun ini ibarat mimpi yang langsung tidak pernah terduga. Saya tak sangka diberikan rezeki dan peluang sebesar ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu naik terlalu cepat kerana nak timba ilmu secara perlahan-lahan. Banyak lagi teknik lakonan yang perlu saya baiki daripada pelakon senior. Tambahan pula, kehadiran ramai pelakon baru juga memberi saingan sengit untuk saya terus berada dalam bidang seni,” katanya.

Mengulas fenomena menjadi kegilaan ramai sejak membintang­i drama bersiri Hero Seorang Cinderella dan Kerana Syurga Bukan Percuma, Fikry akan mencari resipi baharu saban tahun.

“Saya tidak mahu nama hanya dikenali dalam satu malam. Sebab itu lebih suka mendaki perlahan-lahan kerana memang sukar untuk kekal lama dalam bidang ini.

“Saya perlu sentiasa menambah baik menjadi seorang anak seni yang disegani menerusi pengalaman dan menjalani kelas lakonan supaya dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai. Saya juga sentiasa menanamkan prinsip bahawa peluang ini adalah tempat saya bekerja dan mencari ilmu. Jika hanya sebagai tempat cari glamor susahlah,” katanya.

NABILA BELUM SELESA

Walaupun lagu Pematah Hati berjaya mengangkat namanya ke tahap yang berbeza, gadis berusia 26 tahun ini tidak akan sesekali berhenti mencari lagu berkualiti seiring kemampuan diri.

Nabila berkata, apa yang dimiliki ini belum cukup membanggak­an. Namun, jika dibandingk­an dengan dulu dia sudah nampak hala tuju hidupnya sekarang.

“Saya tidak akan berhenti di sini. Saya seorang yang akan berusaha sehabis baik untuk mencapai tahap yang membanggak­an mengikut kemampuan diri,” katanya.

Menurut Nabila, dia tidak

akan sesekali membanding­kan dirinya dengan penyanyi lain sebaliknya sedar akan kekurangan­nya dan akan cuba menjadi seorang penyanyi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya akan membanding­kan diri sekarang dengan yang dulu. Jadi setiap kali sampai ke sesuatu tahap, saya akan naikkan lagi kemampuan diri. Saya tidak suka duduk di takuk yang sama.

“Saya juga tidak akan berhenti belajar menyanyi.

Dulu saya pernah dikatakan tidak pandai menyanyi dan insiden itu amat berbekas dalam hidup saya. Jadi, saya ingin memajukan diri dan memperbaik­i kelemahan yang ada,” katanya yang menyimpan impian untuk menembusi pasaran antarabang­sa satu hari nanti.

AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH WALAUPUN BEKERJA

Aidilfitri tahun ini, Nabila tidak dapat bercuti panjang kerana terbabit dengan undangan nyanyian pada hari raya pertama lalu selain menjalani penggambar­an drama bersiri Cintaku Di Bumi Izmir.

“Pada hari raya pertama lalu, saya terbabit dengan satu persembaha­n. Nasib baik lokasinya tidak jauh dari rumah keluarga. Jadi, saya sempat beraya dengan mereka sebelum keluar bekerja,” katanya.

Nabila cukup teruja menyambut Aidilfitri dengan insan tersayang apabila rumah keluargany­a dihadiri saudaramar­a dari kedua-dua pihak ibu dan bapa.

“Selalunya pada hari raya pertama kami akan menyambut di rumah. Rata-rata saudaramar­a akan mengunjung­i rumah kami kerana mak akan sediakan juadah yang banyak.

“Aidilfitri juga adalah masa untuk saya mengenali saudaramar­a yang jauh. Inilah masanya untuk merapatkan hubungan silaturahi­m,” katanya

FIKRY CUTI AWAL

Berpeluang pulang ke kampung halaman di Kampung Napoh, Jitra, Kedah seminggu lebih awal, Fikry teruja apabila Aidilfitri disambut dengan penuh ceria dan meriah.

Katanya, tahun ini dia berjaya melakukan persiapan rapi berbanding tahun lalu yang sedikit kelam-kabut.

“Tahun lalu rumah saya diserbu peminat. Tapi tahun ini saya lebih bersedia dengan pulang ke kampung lebih awal bagi melakukan persiapan.

“Alhamdulil­lah saya diberi kesempatan bercuti selama dua minggu, jadi sempatlah mengunjung­i saudara-mara dan kenalan rapat,” katanya yang menyukai nasi daging masakan ibu tercinta setiap kali Aidilfitri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia