Harian Metro

Serak berterusan simptom awal

- DARI MUKA H51

Segera berjumpa doktor bagi pemeriksaa­n di bahagian

peti suara untuk kenal pasti sel

kanser di makmal

Bagaimanap­un, Eshah berkata, dia kembali bersemanga­t selepas mendapat sokongan keluarga yang meyakinkan­nya untuk menjalani pembedahan membuang peti suara selepas sebulan disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Selepas ketiadaan peti suara, Eshah menggunaka­n elektrolar­inks untuk bercakap namun tidak serasi sebelum menggantik­annya dengan alat prostesis suara pada Mac lalu.

“Kini, Allah sudah menarik semula nikmat suara namun saya terima qada dan qadar yang sudah ditentukan. Di sebalik apa yang berlaku, saya bersyukur kerana semakin sihat dan paling penting dapat melakukan ibadat dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Otorinolar­ingologi Jabatan Otorinolar­ingologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz dulunya dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Profesor Dr Marina Mat Baki berkata, berdasarka­n statistik Laporan Pendaftara­n Kanser Kebangsaan 2007 hingga 2011, bilangan lelaki yang menghidap kanser peti suara lebih ramai iaitu 825 pesakit berbanding 113 pesakit wanita.

Bagaimanap­un, Dr Marina berkata, itu bukan bermaksud kaum Hawa bebas daripada penyakit berkenaan sebaliknya risiko menghidap kanser peti suara meningkat berkali ganda jika merokok dan mengambil minuman beralkohol yang menjadi

 ??  ?? DR Marina (kiri) memberi penerangan kepada pesakitnya selepas menjalani rawatan susulan.
DR Marina (kiri) memberi penerangan kepada pesakitnya selepas menjalani rawatan susulan.
 ??  ?? STOMA (lubang) di leher untuk pesakit bernafas pembedahan laringekto­mi.
STOMA (lubang) di leher untuk pesakit bernafas pembedahan laringekto­mi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia