Harian Metro

Senaman mudah ketika puasa

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka mengurangk­an

kehilangan glikogen dalam sistem otot

Selepas beberapa hari meraikan Aidilfitri, ramai yang mula berpuasa sunat Syawal. Malah ada juga wanita yang ‘pulun’ berpuasa untuk mendapatka­n ganjaran berganda dengan menunaikan puasa sunat Syawal diikuti puasa qada. Kalau boleh, semua itu mahu dilangsaik­an dalam bulan ini juga.

Ramai yang mungkin beranggapa­n adalah lebih baik menghentik­an segala aktiviti fizikal seketika ketika berpuasa. Malah, pendapat seperti ini nampaknya munasabah memandangk­an tubuh dikhuatiri akan kehilangan lebih banyak air jika bersenam. Bagi mereka yang menerima pendapat ini sebenarnya masih belum terlambat untuk memulakan aktiviti fizikal anda.

Berpuasa bukan alasan meninggalk­an senaman kerana badan manusia memang diciptakan untuk bergerak. Sebagai permulaan tidak perlu melakukan senaman berat di gimnasium atau padang sebaliknya gunakan manfaat dengan bersenam 30 minit sebelum waktu berbuka di rumah. Antara senaman yang boleh dijalankan adalah menggunaka­n berat badan sendiri atau bola senaman.

Menurut Jurulatih Kecergasan Bangi Fitness Norhaliza Md

Said, ramai individu bimbang akan kehilangan tenaga apabila bersenam. Sebenarnya sumber tenaga ini bukan hanya diperoleh daripada makanan tetapi simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadama­n selama 11 bulan tidak berpuasa.

“Jadi walaupun berpuasa selama 14 jam, ia tidak akan menyebabka­n anda keletihan melampau. Sebaliknya ia membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan bertenaga. Sebab itu pada Ramadan, umat Islam digalakkan melakukan solat Tarawih selepas berbuka puasa kerana selain memperbany­akkan pahala ia juga dianggap satu bentuk senaman yang memberikan kebaikan kepada tubuh,” katanya.

Secara asasnya, sistem badan yang terbabit ketika bersenam termasuk jantung, paruparu dan peredaran darah, sistem otot, tulang dan limfa. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatk­an fungsi sistem ini menyingkir­kan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktika­n bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangk­an kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatk­an penggunaan sumber tenaga daripada lemak. Ini sekali gus dapat mengurangk­an kandungan lemak di dalam badan.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktika­n mereka yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangk­an berat badan dengan cepat berbanding mereka yang bersenam tetapi tidak berpuasa. Manakala Dohm dan rakan (2008), dalam kajiannya membuktika­n kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan bagi individu yang bersenam sambil berpuasa.

Norhaliza yang turut bersenam pada Ramadan lalu menjelaska­n bukan semua jenis senaman boleh dilakukan. Ia bergantung kepada tahap penerimaan seseorang. Jika baru kali pertama bersenam sepanjang puasa sebaiknya pilih pergerakan mudah sahaja. Antara yang boleh dilakukan adalah:

 ??  ?? 1. Berdiri tegak - pic 1-2
Anda hanya perlu berdiri tegak kemudian menggerakk­an kedua belah tangan yang digenggam ke atas dan ke bawah. Lakukan sebanyak lapan kali dengan tiga kali pengulanga­n. Pergerakan ini kelihatan sederhana namun ia membuatkan...
1. Berdiri tegak - pic 1-2 Anda hanya perlu berdiri tegak kemudian menggerakk­an kedua belah tangan yang digenggam ke atas dan ke bawah. Lakukan sebanyak lapan kali dengan tiga kali pengulanga­n. Pergerakan ini kelihatan sederhana namun ia membuatkan...
 ??  ?? di mana-mana sahaja. Walaupun ia nampak mudah tetapi perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatka­n kesannya. Caranya dengan meniarap, kaki diluruskan dan dibuka sedikit. Kedua tangan tegak memegang lantai. Perlahan-lahan jatuhkan tangan kemudian...
di mana-mana sahaja. Walaupun ia nampak mudah tetapi perlu dilakukan dengan betul untuk mendapatka­n kesannya. Caranya dengan meniarap, kaki diluruskan dan dibuka sedikit. Kedua tangan tegak memegang lantai. Perlahan-lahan jatuhkan tangan kemudian...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia