Harian Metro

KOMITMEN TERBIT PROGRAM ISLAMIK

-

A Aida bangga syarikat terus diberi kepercayaa­n sedia rancangan saluran Salam HD

ternet berkelajua­n tinggi yang memiliki saluran Hypp TV.

“Jadi, ini sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada Hypp TV, sekali gus membolehka­n mereka menonton program disediakan menerusi saluran Salam HD,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, A Aida kini berada di Eropah bersama tiga anaknya, Wan Az Aleesa, 22, Wan Azevanatas­sha, 17, dan Muhammad Rahul, 10, bagi menyambut Aidilfitri.

Antara negara dikunjungi ialah Belanda, Itali, Jerman, Switzerlan­d, England, Perancis, Austria dan Republik Czech.

“Saya bertolak pada malam raya lalu dan insya-Allah pulang ke tanah air awal bulan depan. Saya tiba di Amsterdam, Belanda dulu sebelum bertolak ke destinasi lain.

“Ini pengalaman pertama saya bersama anak menyambut Aidilfitri di luar negara. Pastinya ini memberikan pengalaman baru buat saya apatah lagi percutian kami pada Syawal.

“Selalu tengok orang lain saja, jadi saya nak juga merasai suasana beraya di perantauan. Setakat ini semuanya okey dan berjalan lancar,” katanya.

Menurut A Aida, keputusan itu dibuat kerana tahun ini semua adik-beradiknya pulang beraya di rumah mentua masing-masing selain ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Walaupun tidak dapat menyambut lebaran bersama keluarga dan rakan, A Aida berjanji akan menziarahi mereka selepas pulang ke tanah air.

“Kita beraya sebulan, jadi saya balik nanti masih sempat beraya dengan keluarga dan rakan. Kalau ada jemputan rumah terbuka, Insya-Allah saya sampai.

“Cuma, tahun ini tidak dapatlah mereka makan masakan saya seperti sebelumnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia