MASKOT TONTON
Portal perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu tanah air, tonton terus memperkasakan jenamanya dengan memperkenalkan maskot Mimi dan Zozo.
Dua maskot berkenaan mempunyai karakter mudah didekati selain gemar meneroka dunia baru. Ini bertepatan dengan arah penjenamaan tonton.
Selain itu, sempena Aidilfitri, tonton menawarkan ulang tayang telefilem terbaik antaranya Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Din Sardin Beraya dan Wan Peah Balik Beraya.
Saksikan juga drama bersiri terbaru dari Korea Selatan, Suits serta Marvel Hollywood Cloak and Dagger.
Turut ditayangkan ialah Petua Nenek pada hari raya pertama lalu dan istimewanya siri baru itu ditayangkan empat bulan awal dari televisyen.
Ia dibintangi Raja Afiq, Adibah Yunus, Liza Abdullah dan Zaidi Omar.
Begitu juga dengan drama Mandarin 30 episod, My Sensei Nyonya yang boleh disaksikan dua bulan awal.
Jangan lupa saksikan siri asli terbitan tonton I, Remember yang dihasilkan menerusi kolaborasi YouTuber, The Ming Thing (TMT).
Sementara itu, sepanjang Ramadan lalu tonton mengagihkan cenderahati edisi Aidilfitri di beberapa Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih.
Bukan itu saja, tonton turut menyertai aktiviti Bazar Terima Kasih di Sungai Petani, Kedah dan Pantai Klebang, Melaka.
Pada masa sama, tonton menganjurkan acara menyambut Aidilfitri bersama anak yatim pada 14 Jun lalu.
Antara aktiviti termasuk pemberian duit raya, pertandingan mewarna bersama Mimi dan Zozo dan sesi menyanyi bersama selebriti.
Dalam pada itu, pembaca yang ingin menyaksikan program menarik dalam tonton boleh menikmati diskaun 50 peratus apabila cuma perlu membayar RM5 untuk langganan bulanan.
Bagaimanapun, promosi istimewa itu hanya bagi pengguna Google Play Apps Store.
Promosi itu bermula dari 18 hingga 24 Jun ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my.