Harian Metro

Boyzone kini di penghujung

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Album terakhir, Thank You & Goodnight sebagai tanda perpisahan

Selepas 25 tahun membina karier nyanyian bersama, ‘boyband’ popular dari Ireland, Boyzone mengumumka­n perpisahan mereka.

Sebagai tanda selamat tinggal kepada peminat di seluruh dunia, mereka bakal melancarka­n album terakhir berjudul Thank You & Goodnight pada 16 November ini.

Boyzone yang dianggotai Keith Duffy, Michael Graham,

Ronan Keating dan

Shane Lynch juga akan menemui peminat buat kali terakhir menerusi konsert jelajah di Ireland serta United Kingdom mulai Januari tahun depan.

Selain itu, Boyzone juga bakal mengadakan konsert di negara ini pada 24 Ogos depan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, anggota Boyzone berkata, pencapaian besar mereka di peringkat antarabang­sa tidak pernah dijangkaka­n.

Walaupun lebih dua dekad sudah berlalu, mereka bersyukur masih mempunyai ramai peminat setia.

Dalam keseronoka­n menikmati kejayaan mereka, Boyzone turut berdepan cabaran dan waktu sukar apabila anggotanya, Stephen Gately meninggal dunia pada 2009 akibat masalah jantung.

Menurut Boyzone, kehilangan Gately meninggalk­an kesan besar kepada kumpulan berkenaan.

Album Thank You & Goodnight turut memuatkan lagu ‘tribute’ kepada Gately yang berjudul I Can Dream.

Pada 2002, anggota Boyzone menemui demo asli lagu itu yang dirakamkan Gately untuk album solonya.

Album itu menghimpun­kan 12 lagu dengan menampilka­n kerjasama bersama penyanyi terkenal Ed Sheeran dan Gary Barlow.

Boyzone pernah berpisah pada 1999, namun bergabung semula lapan tahun kemudian untuk mengadakan konsert jelajah.

Sejak itu, kumpulan berkenaan sudah menjual lebih dua juta album.

Antara pencapaian lain Boyzone termasuk menduduki carta pertama muzik United Kingdom bagi enam single.

Mereka turut mempunyai lima album yang berjaya memasuki tempat pertama carta berkenaan.

 ??  ?? DARI kiri Shane, Ronan, Keith dan Michael.
DARI kiri Shane, Ronan, Keith dan Michael.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia