Harian Metro

Internet lebih murah

Harga jalur lebar dijangka turun 25 peratus hujung tahun ini

- Zanariah Abd Mutalib cnews@nstp.com.my

Harga perkhidmat­an jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, penurunan harga itu berikutan pelaksanaa­n Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu yang berkuat kuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmat­an yang digunakan syarikat telekomuni­kasi di pasaran.

Menurutnya, penurunan harga borong itu kelak akan turut mengurangk­an harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

“Pihak yang terbabit masih dalam perbincang­an penetapan harga borong dan proses ini akan berakhir pada Julai atau Ogos depan, seterusnya pakej perkhidmat­an jalur lebar pada harga yang lebih rendah akan diperkenal­kan kepada pengguna,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pasca-Kabinet kementeria­nnya di sini, semalam.

Gobind berkata, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengkaji polisi MSAP pada 2017 dan semakan harga sepatutnya diperkenal­kan 1 Januari lalu.

Bagaimanap­un, katanya, ia tidak dapat dilaksanak­an kerana Telekom Malaysia Berhad (TM) merayu supaya SKMM mengkaji semula beberapa butiran komponen harga dan keputusan untuk kajian semula itu ditangguhk­an sementara menunggu pertimbang­an menteri ketika itu.

“Selain itu, saya turut mengarahka­n SKMM supaya mempertimb­angkan langkah yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar dan memantau harga jalur lebar di negara ini supaya harga pakej peringkat permulaan adalah munasabah untuk rakyat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Gobind berkata, kementeria­nnya akan menjalanka­n audit bebas terhadap Dana SKMM dan Dana Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP), masing-masing berjumlah RM800 juta dan RM8.5 bilion setakat 31 Disember 2016.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menerima persoalan berhubung pengagihan dan perbelanja­an dana berkenaan dan audit yang dijalankan kelak bertujuan mengesahka­n amaun dalam akaun serta meningkatk­an ketelusan dalam penggunaan­nya.

“Dana SKMM adalah bagi keperluan SKMM seperti yang ditetapkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala Dana USP yang turut diuruskan SKMM bertujuan mengurangk­an jurang digital kawasan luar bandar dan kawasan di mana perkhidmat­an adalah terhad dengan memberi perkhidmat­an komunikasi dan akses Internet melalui projek infrastruk­tur dan ia wajib disumbangk­an syarikat telekomuni­kasi.

“Audit ini nanti dijangka mengutarak­an kelemahan dalam penggunaan dana jika ada dan masalah dalam proses penganuger­ahan serta pelaksanaa­n projek di bawahnya sehingga hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia untuk menyiarkan secara langsung debat calon Presiden UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar jika berlaku, Gobind berkata, beliau tiada masalah jika platform untuk program itu diperlukan.

 ??  ?? GOBIND pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pasca Kabinet di kementeria­nnya.
GOBIND pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pasca Kabinet di kementeria­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia