Harian Metro

Rajuk bawa ajal

-

 Anak kedua kecil hati dengan ibu tak pernah puji kemas rumah

“Arwah merajuk betul dengan saya kali ini, katanya saya tidak pernah puji dia kemas rumah lalu berkeras segera kembali ke Melaka malah tidak mengendahk­an pujukan bapanya supaya pulang ke Melaka lewat petang,” kata Suhaila Maasam, 50.

Suhaila ibu kepada Intan Syahira Ahmad Safri, 23, yang maut ditimpa dahan pokok hiasan di Jalan Ayer Keroh Lama di sini, semalam.

Katanya, dia tidak menyangka rajuk anak kedua daripada empat beradik itu menjadi petanda Intan Syahira akan meninggalk­an mereka selama-lamanya.

“Anak saya meninggalk­an rumah keluarga kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin) untuk pulang ke Melaka kerana bekerja hari ini (semalam).

“Sebelum itu, arwah ada cakap, mak tak pernah puji Angah setiap kali tolong mak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka, semalam.

Ketua Menteri Adly Zahari turut meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di hospital berkenaan.

Suhaila berkata, anak perempuann­ya menyewa di Bukit Beruang dan bekerja di kilang pembuatan barangan elektronik di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Sementara itu, bapa mangsa Ahmad Safri Baharudin, 50, berkata, sebelum bekerja di Melaka, anak perempuann­ya bekerja di restoran makanan segera di Gemas, Negeri Sembilan.

“Hari ini (semalam) hari pertama dia masuk kerja selepas cuti Aidilfitri. Baru lima bulan dia bekerja di kilang berkenaan,” katanya yang kelihatan sugul.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Intan Syahira menunggang motosikal SYM dari Bukit Beruang ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh untuk ke tempat kerja dalam keadaan hujan lebat dan berangin.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa ditimpa dahan pokok hiasan di bahu jalan yang patah dipercayai akibat ribut.

Difahamkan, orang ramai yang melalui tempat kejadian menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ayer Keroh, bagi tujuan mengalihka­n dahan dari atas jalan, sebelum menemukan mangsa dan motosikal di bawah rimbunan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Hamdan Sudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superinten­dan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? ANGGOTA bomba menutup jenazah Intan Syahira (gambar kecil).
AHMAD Safri menenangka­n Suhaila ketika hadir untuk menuntut jenazah
Intan Syahira.
ANGGOTA bomba menutup jenazah Intan Syahira (gambar kecil). AHMAD Safri menenangka­n Suhaila ketika hadir untuk menuntut jenazah Intan Syahira.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia