Harian Metro

Pelajar maut tercampak

-

Alor Setar: Seorang pelajar maut tercampak keluar dari kenderaan sejurus kereta Perodua Kancil dinaiki terbabas di Kilometer 17, Kampung Tembak B, Jalan Kuala Ketil-Parit Panjang, Baling di sini.

Dalam kejadian jam 5.10 petang kelmarin, mangsa, Akif Najamuddin Hamzah, 13, yang juga penumpang hadapan tercampak keluar apabila kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan dan lalu melanggar lereng bukit di sebelah kanan jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superinten­dan Zahari Mohamed berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Kerawai, Sik, parah di kepala.

Menurutnya,

mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Parit Panjang, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan.

“Sementara pemandu dan dua lagi penumpang belakang hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam kes kemalangan kedua, seorang penuntut kolej swasta maut terjatuh dari motosikal ditunggang­nya yang dipercayai rosak mendadak di Kampung Tembak B di sini.

Menurutnya, nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke rumah saudaranya di kampung sama kira-kira jam 9 malam, Isnin lalu.

Katanya, mangsa, Muhamad Akmal Mohd Isa, 21, yang mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan jam 2.50 petang, kelmarin.

“Justeru saya menasihatk­an supaya orang ramai ingin kunjung mengunjung­i dapat memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik selain menjaga keupayaan diri semasa memandu supaya pemanduan lancar dan selamat,” katanya.

 ?? Zahari Mohamed ?? Justeru saya menasihatk­an supaya orang ramai ingin kunjung mengunjung­i dapat memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik selain menjaga keupayaan diri semasa memandu supaya pemanduan lancar dan selamat”
Zahari Mohamed Justeru saya menasihatk­an supaya orang ramai ingin kunjung mengunjung­i dapat memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik selain menjaga keupayaan diri semasa memandu supaya pemanduan lancar dan selamat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia