Harian Metro

Pengorbana­n tidak ternilai

- Teoh Pei Ying dan Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

 Bekas Panglima ATM dirai ketika acara perbarisan penghargaa­n tentera darat, laut, udara

“Sepanjang 42 tahun berkhidmat dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia), saya berbangga dengan warga ATM yang mempunyai harga diri dan jati diri kukuh, selain mampu menjadi benteng segala anasir luar yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” ujar bekas Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Beliau menyampaik­an kata-kata itu pada Perbarisan Penghargaa­n Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-19, di Kem Perdana, Sungai Besi di sini, pagi semalam.

Acara perbarisan itu membabitka­n kontinjen daripada ketiga-tiga perkhidmat­an Darat, Laut dan Udara.

“ATM wajar meneruskan usaha memelihara keamanan dan kesejahter­aan negara supaya dinikmati anak muda pada masa hadapan.

“Pengorbana­n diberikan setiap warga ATM terhadap rakyat dan negara tidak dapat dinilai dengan pingat dan seumpamany­a,” ujarnya yang menamatkan tugas secara rasmi semalam.

Beliau digantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik secara rasmi sebagai Panglima ATM ke-20 yang baru berkuat kuasa semalam.

Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada majlis berlangsun­g di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, petang semalam.

Panglima ATM baru, Zulkifli, 59, sebelum ini pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013.

Anak kelahiran Port Weld, Perak itu memulakan khidmatnya dalam ATM pada 30 Januari 1978 dengan memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selain itu, Zulkifli pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School selama dua tahun, apabila beliau bertanggun­gjawab mengajar pegawai dan anggota tentera New Zealand serta negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan peperangan menentang insurgensi.

 ?? Raja Mohamed Affandi ?? RAJA Mohamed Affandi beramah mesra dengan anggota ATM di Kem Perdana, Sungai Besi, semalam. ATM wajar meneruskan usaha memelihara keamanan dan kesejahter­aan negara supaya dinikmati anak muda pada masa hadapan”
Raja Mohamed Affandi RAJA Mohamed Affandi beramah mesra dengan anggota ATM di Kem Perdana, Sungai Besi, semalam. ATM wajar meneruskan usaha memelihara keamanan dan kesejahter­aan negara supaya dinikmati anak muda pada masa hadapan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia