Harian Metro

Tiada aduan bayaran projek tertangguh

-

Kuala Lumpur: Belum ada aduan rasmi diterima oleh Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) daripada ahlinya berkaitan penangguha­n atau kelewatan bayaran atas projek kerajaan yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, setakat ini.

Presiden PKMM Datuk Mokhtar Samad berkata, sebaliknya, beliau difahamkan setiap kontraktor yang berjaya menyiapkan projek masing-masing tetap dibayar seperti di dalam kontrak oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Projek (kerajaan) yang diluluskan dan sedang berjalan, bayaran adalah mengikut seperti yang termaktub dalam kontrak. Kalau dah siap, (kerajaan) akan bayar, tiada penganiaya­an disebabkan perubahan kerajaan baru.

“Kalau tidak bayar, mungkin sebab lain. Kontraktor kata projek siap, tapi bila pemeriksaa­n dibuat agensi berkaitan banyak yang tidak siap,” katanya.

Beliau diminta mengulas dakwaan ramai kontraktor tidak menerima bayaran biarpun projek diselesaik­an berikutan pertukaran kerajaan.

Mokhtar berkata, hasil pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan baru-baru ini, beliau diberi jaminan oleh Pengerusin­ya, Tun Daim Zainuddin bahawa kerajaan membantu kontraktor Bumiputera yang mencecah 40,000 syarikat dengan 22,000 daripadany­a kumpulan G1 atau Kelas F.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Foo Chek Lee dan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia) Tukiman Radion turut mengesahka­n ahli mereka dibayar bagi setiap projek kerajaan yang disiapkan.

Menurut Tukiman, beliau sendiri terbabit membantu kontraktor berkenaan sebelum ini dengan merujuk masalah mereka kepada agensi berkaitan supaya mempercepa­tkan pembayaran.

“Dulu memang ada konsesi yang lambat bayar sehingga enam bulan. Banyak (kontraktor) yang tidak berani buat projek sebab tiada modal, tapi untuk projek baru belum ada lagi diluluskan oleh kerajaan baru,” katanya.

 ??  ?? MOKHTAR
MOKHTAR
 ??  ?? TUKIMAN
TUKIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia