Harian Metro

‘Sam’ lain jual tapak bazar

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

 Kumpulan peniaga nafi bayar RM5,000 untuk tapak di Jalan Masjid India

Kumpulan peniaga Jalan Masjid India menafikan dikenakan bayaran RM5,000 bagi sewaan tapak bazar di Jalan Masjid India seperti didakwa.

Sebaliknya, mereka hanya berniaga secara percuma sepanjang lima hari di tapak bazar berkenaan.

Ketua Peniaga Mohd Azman Abdul Rahman berkata, mereka dibantu Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim, Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun untuk mendapatka­n lesen bazar berkenaan.

“Kebanyakan peniaga di sini sudah bertahun berniaga di jalan berkenaan dan sebelum ini mereka memang berniaga secara haram.

“Namun selepas meminta bantuan, kami dibenarkan berniaga dan tapak perniagaan diberikan secara percuma kepada kami,” katanya pada sidang media di Jalan Masjid India di sini, semalam.

Mohd Azman berkata, memang berlaku aktiviti penjualan tapak bazar di jalan berkenaan tetapi tidak membabitka­n 80 tapak terbabit.

“Wujud kekeliruan kerana kami memanggil Mohd Noorhisyam dengan gelaran ‘Sam’ dan ada peniaga beranggapa­n beliau yang menjual tapak berkenaan.

“Namun sebaliknya ada individu lain yang juga bernama ‘Sam’ dipercayai menjual tapak bazar di lokasi yang berbeza. Individu ini dipercayai daripada Persatuan Peniaga Bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang Saiful Kamal berkata, pihaknya menaja kos keseluruha­n termasuk pembelian khemah dan urusan lesen untuk peniaga berkenaan.

“Tidak timbul isu penjualan tapak kerana mereka berniaga secara percuma, malah kami turut menaja RM6,200 kepada mereka untuk berniaga.

“Mungkin wujud salah faham antara peniaga di lokasi lain dan peniaga yang menerima tapak berkenaan,” katanya.

Saiful berkata, pihaknya ingin menjelaska­n tiada sebarang isu berhubung pembayaran yang dikenakan terhadap peniaga.

“Sehubungan itu, saya menjelaska­n dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan fitnah semata-mata,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewen­gan bagi mendapatka­n 80 tapak bazar di Jalan Masjid India pada Ramadan lalu.

Difahamkan, tapak bazar itu kemudian didakwa disewakan semula sehingga RM5,000 bagi satu lot dan dianggarka­n penganjur mengaut keuntungan keseluruha­n kira-kira RM400,000.

 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ?? MOHD Azman menjelaska­n isu sebenar berkaitan dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewen­gan tapak bazar Ramadan DBKL di pekarangan Masjid India, semalam.
FOTO: ASWADI ALIAS MOHD Azman menjelaska­n isu sebenar berkaitan dakwaan skandal salah guna kuasa dan penyelewen­gan tapak bazar Ramadan DBKL di pekarangan Masjid India, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia