Harian Metro

‘Saya tak pernah setuju kutip bayaran lot bazar Ramadan’

-

Kuala Lumpur: “Ingin ditegaskan, saya tidak pernah bersetuju dengan sebarang kutipan wang untuk lot Bazar Ramadan terbabit,” ujar Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya beliau memberikan persetujua­n kepada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abd Karim untuk memungut wang daripada penjaja bazar Ramadan di Bukit Bintang.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Fong berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahua­n atau maklumat mengenai isu berbangkit.

“Saya dimaklumka­n mengenai dakwaan itu daripada seorang wartawan.

“Sehubungan itu, saya membuat laporan polis untuk mereka menjalanka­n siasatan sama ada berlaku pengutipan wang secara langsung atau tidak langsung.

“Selain itu, kita mahu tahu sekiranya wujud elemen rasuah berhubung kelulusan lot tambahan bazar Ramadan terbabit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Atas sebab itu, saya akan buat laporan kes sama di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, pagi esok (hari ini),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang urusan membabitka­n lot bazar Ramadan perlu dijalankan secara langsung dengan peniaga dan bukan menerusi orang tengah seperti wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita mahu peniaga diberi peluang secara adil. Perkara ini sudah dicadangka­n kepada DBKL.

“Kita harap selepas ini tidak wujud lagi permasalah­an membabitka­n lot berkenaan,” katanya.

Kelmarin, PPBM turut membuat laporan kepada SPRM berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewen­gan tapak bazar Ramadan DBKL di ibu negara.

 ??  ?? FONG (tengah) menunjukka­n laporan polis yang dibuat mengenai bayaran bazar Ramadan di Bukit Bintang.
FONG (tengah) menunjukka­n laporan polis yang dibuat mengenai bayaran bazar Ramadan di Bukit Bintang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia