Harian Metro

Digilis sejurus elak peronda polis

-

Gombak: Cubaan lari akibat panik sejurus melihat kereta peronda polis menyebabka­n seorang penunggang motosikal maut digilis pacuan empat roda di Kilometer 19, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampira­n Taman Templer di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa berusia 23 tahun sengaja menunggang motosikal melawan arus sebelum merempuh sebuah motosikal lain model Modenas Kriss.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superinten­dan Tey Kong Seng berkata, rempuhan berkenaan menyebabka­n mangsa tercampak ke lalu kiri jalan.

Menurutnya, sebuah pacuan empat roda bagaimanap­un tidak sempat mengelak sebelum merempuh penunggang motosikal berasal dari Semenyih, Selangor itu.

“Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penunggang motosikal model Modenas Kriss cedera dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan,” katanya.

Kong Seng berkata, polis kini melakukan siasatan berhubung kejadian itu dan mengenal pasti motif suspek cuba melarikan diri dan kenderaan yang melanggar mangsa.

“Setakat ini pemandu pacuan empat roda berkenaan masih belum dikenal pasti. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian”

Tey Kong Seng

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia