Harian Metro

Biskut ‘kuba guling’ pula...

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

 Dua beradik ambil inspirasi jana pendapatan

Selepas kuih ‘kuba guling’ di Rantau Panjang yang laris dijual dalam bulan Ramadan lalu, muncul pula biskut raya yang turut dinamakan ‘kuba guling’ yang dihasilkan dua beradik, di sini.

Peniaga Mohd Zaid Mohd, 25 dan adiknya Mohd Muaz, 15, memperkena­lkan biskut itu selepas penjualan kuih ‘kuba guling’ viral di media sosial dan mendapat sambutan bukan saja di Kelantan malah di negara jiran terutama di Selatan Thailand.

Mohd Muaz berkata, penjualan biskut ‘kuba guling’ di kedainya di Batu 2 mendapat sambutan sejak awal Ramadan lalu.

“Kami membuat keputusan untuk membuat dan menjual biskut ‘kuba guling’ selepas mendapat tahu kuih ‘kuba guling’ dijual seorang peniaga mendapat sambutan luar biasa sepanjang Ramadan lalu.

“Biskut ‘kuba guling’ ini dibuat oleh saya, keluarga saya dan juga pekerja kami di rumah di Jalan Bayam seminggu selepas Ramadan bermula.

“Kami amat teruja membuat biskut itu yang menggunaka­n coklat dan debu roti sebagai ramuan utama dan Alhamdulil­lah, hasil jualannya amat memuaskan hati kami,” kata pelajar tingkatan tiga Madrasah Tahfiz Al-Muqarramah.

Anak kesembilan daripada 11 beradik itu berkata, mereka menjual biskut dengan harga RM10 sebekas. Sementara itu, Mohd Zaid berkata, mereka akan meneruskan jualan biskut ‘kuba guling’ selepas musim hari raya kerana mendapat sambutan bagus daripada orang ramai.

“Kami tidak kisah menjual biskut itu selepas Aidilfitri kerana kami sedar yang kebanyakan pelanggan kami suka rasanya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Muaz menunjukka­n biskut raya dinamakan ‘kuba guling’ dijual di kedainya di Batu 2 yang mendapat sambutan sejak awal Ramadan lalu.
MOHD Muaz menunjukka­n biskut raya dinamakan ‘kuba guling’ dijual di kedainya di Batu 2 yang mendapat sambutan sejak awal Ramadan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia