Harian Metro

Permohonan MyRapid Touch n’ Go pelajar secara dalam talian

-

Kuala Lumpur: Permohonan kad konsesi MyRapid Touch n’ Go pelajar kini hanya boleh dilakukan secara dalam talian, menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Mengikut kenyataan Prasarana, permohonan bagi kad itu yang menawarkan diskaun 50 peratus bagi perjalanan menggunaka­n rangkaian Rapid KL boleh dibuat menerusi www.myrapid.com.my.

Bagaimanap­un, katanya bagi orang kurang upaya dan mereka yang tidak mempunyai akses Internet atau memerlukan bantuan khusus, mereka masih boleh mendaftar secara manual.

Menurut kenyataan itu, pemohon perlu menyediaka­n gambar digital bersaiz pasport berlatar belakang warna biru, berpakaian seragam sekolah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, dokumen pengesahan diri mengikut kategori kumpulan iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej, salinan kad pengenalan, pasport bagi pelajar asing, kad pelajar dan surat pengesahan akademik.

Pemohon juga perlu mempunyai e-mel serta nombor telefon yang aktif dan kad kredit atau debit atau mempunyai akses kepada portal perbankan secara dalam talian untuk membuat pembayaran bagi yuran kad yang ditetapkan pada kadar minimum RM15.

Proses pendaftara­n mengambil masa selama lima hari bekerja dan pemohon boleh memilih untuk mengambil kad konsesi mereka mengikut lokasi pusat pungutan kad konsesi yang disediakan iaitu di Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni, Stesen LRT Hang Tuah, Stesen BRT Sun U Monash dan Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn.

Kad konsesi itu bagi rangkaian Rapid KL termasuk Monorel, LRT, MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang dan perkhidmat­an basnya termasuk bas perantara BRT dan MRT.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia