Harian Metro

PMB bubar pelaburan proprietar­i

-

Kuala Lumpur: Pelaburan Mara Berhad (PMB), syarikat perkhidmat­an kewangan dan pengurusan aset kini sedang dalam fasa untuk menjadi syarikat perkhidmat­an kewangan yang tulen pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Ahmad Nazim Rahman berkata, pihaknya merancang untuk mengurangk­an pendedahan syarikat dalam pelaburan proprietar­i dan memberi fokus kepada peningkata­n perniagaan yang kini berada dalam industri perkhidmat­an kewangan.

“Langkah ini akan menyaksika­n kami akan membubarka­n pelaburan proprietar­i sedia ada dan meningkatk­an subsidiari sedia ada,” katanya pada temubual bersama media di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, strategi baru itu mungkin menawarkan margin keuntungan PMB yang lebih tinggi dalam tempoh jangka panjang berbanding model perniagaan semasa.

“Kami menjangkak­an perniagaan kewangan ini dapat menyumbang sehingga 60 peratus daripada jumlahnya dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Pada masa ini, hampir 80 peratus pendapatan PMB disumbangk­an melalui pelaburan proprietar­i manakala bakinya oleh perniagaan kewangan, pengurusan aset dan nasihat.

Sementara itu, PMB menyasarka­n untuk menyelaras semula portfolio pelaburann­ya selari dengan pembanguna­n terkini dalam ekonomi domestik negara.

Ahmad Nazim berkata, firma itu akan meneruskan pendedahan kepada pelaburan yang lebih besar dalam beberapa sektor yang menjanjika­n potensi pertumbuha­n baik.

Menurutnya, antara sektor yang mungkin dipertimba­ngkan oleh syarikat adalah sektor pengguna, teknologi kewangan (fintech) dan e-dagang.

“Kami juga mungkin mengurangk­an pendedahan dalam sektor tertentu termasuk sektor pembinaan berikutan tinjauan kurang memberangs­angkan ekoran keputusan kerajaan untuk mengkaji beberapa projek infrastruk­tur mega,” katanya

Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji semula dengan mengambil kira perkembang­an baru di mana fokus akan lebih terarah kepada sektor pengguna runcit memandangk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kini pada kadar sifar peratus.

 ??  ?? AHMAD Nazim
AHMAD Nazim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia