Harian Metro

Weststar sasar jual 1,300 kereta Maxus tahun ini

-

WESTSTAR Maxus, pengedar eksklusif kenderaan jenama Maxus di negara ini menyasarka­n jualan 1,300 kereta tahun ini daripada segmen kenderaan komersial dan penumpangn­ya.

Naib Presiden Kanan Kumpulan, Bahagian Pertahanan dan Automotifn­ya, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan berkata, tahun lalu mereka mencatatka­n jualan 1,000 unit.

Katanya, tahun ini jualan disasarkan meningkat 30 peratus daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) Maxus G10.

“Model yang mula diperkenal­kan dalam pasaran tempatan pada 2016 adalah MPV yang boleh memuatkan 10 penumpang dan ia dijual pada harga sangat berdaya saing iaitu RM129,888 hingga RM175,888 daripada tiga varian iaitu Sports, SE dan Executive untuk mereka yang mempunyai keluarga besar,” katanya pada majlis pengenalan duta jenama itu di sini, baru-baru ini.

Nik Hamdan berkata, sebagai tambahan, pihaknya menawarkan jual beli kenderaan terpakai pada kadar harga tinggi serta tawaran istimewa sempena Ramadan dan Aidilfitri dengan setiap pembelian kenderaan Maxus terbaru.

Ia termasuk tawaran sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) untuk model Maxus G10 dan kenderaan komersial V80 sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) diperkenal­kan kerajaan pada September depan.

Untuk menyediaka­n khidmat selepas jualan terbaik, Weststar Maxus membuka dua ruang pameran, jualan dan alat ganti (3S) terbaru di Plentong, Johor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang selain Bangsar dan Kota Bharu, Kelantan.

 ??  ?? NIK Hamdan
NIK Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia