Harian Metro

Rev Asia mahu teroka segmen hartanah

-

Kuala Lumpur: Rev Asia Berhad (Rev Asia) berhasrat meneroka segmen hartanah bagi mempelbaga­ikan bidang perniagaan kumpulanny­a.

Pengarah Bukan Eksekutifn­ya, Luke Elliott berkata, segmen hartanah menjadi pilihan dalam perancanga­n jangka panjang Rev Asia.

Katanya, sebelum ini Rev Asia tertumpu pada bidang pemasaran digital, penghasila­n isi kandungan serta iklan isi kandungan asli dan tiba masanya untuk kumpulan meneroka segmen lain yang dapat memberi pulangan kepada pemegang sahamnya.

“Kami berbincang dengan beberapa pihak untuk melaksanak­an peluang yang ada, namun sebagai syarikat tersenarai kami perlu mendapatka­n persetujua­n daripada pemegang saham sendiri.

“Kami optimis membentang­kan perancanga­n ini paling lewat akhir tahun ini,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Rev Asia di sini, semalam.

Luke berkata, buat masa ini pihaknya memberi fokus kepada hartanah di seluruh negara yang dilihat berpotensi diteroka dan memberi keuntungan serta nilai tambah kepada pemegang saham.

Ditanya mengenai Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), beliau berkata, Rev Asia bersedia mengambil peluang yang bakal ditawarkan dalam DFTZ.

“DFTZ masih baru lagi, tetapi kami sentiasa mengintai peluang bagi meningkatk­an keuntungan dan memberi pulangan kepada pemegang saham,” katanya.

Portfolio Rev Asia merangkumi pelbagai segmen termasuk hiburan, gaya hidup dan sosial milenium dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Rev Asia mempunyai kepakaran dalam pengiklana­n berasaskan kandungan asli yang banyak mendapat keuntungan tinggi dan kepakaran menghasilk­an kandungan untuk kumpulan umur sasar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia