Harian Metro

Kapal parti liar

Lelaki Australia ditangkap kerana tawar pelayaran seks ‘diiklan’ di Facebook

- Agensi Pattaya

Seorang lelaki Australia ditangkap polis di daerah Muak Lek, Saraburi kelmarin selepas mempromosi­kan pakej percutian kapal layar bersama pelacur di Facebook.

Steven Allan Carpenter, 49, dilaporkan membuat iklan di Facebook pada 6 Disember tahun lalu bagi mempromosi­kan perniagaan­nya dikenali sebagai AUSTHAI Tours.

Dalam promosi itu dia menawarkan pelayaran dalam sebuah bot selama enam jam bersama beberapa pelacur dengan bayaran antara 38,000 baht (RM4,639) hingga 50,000 baht (RM6,104).

Jurucakap polis, Dullayapat Techaporny­asin berkata, lelaki itu ditangkap selepas seorang anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan menghubung­i Carpenter untuk mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan.

“Carpenter bersetuju dan meminta ‘pelanggan’ itu membayar deposit yang dipindahka­n ke dalam akaun bank diberikan suspek,” katanya.

Rekod transaksi itu digunakan sebagai bukti untuk mendapatka­n waran tangkap terhadap Carpenter pada 16 Jun lalu atas dakwaan mempromosi­kan pelacuran dan melanggar undang-undang komputer dengan menyiarkan kandungan lucah.

Carpenter pada pada mulanya melarikan diri dari Pattaya sebelum dia berjaya ditangkap ketika bersembuny­i di Saraburi.

Suspek kemudian dibawa ke Pattaya untuk berdepan dakwaan termasuk tuduhan tambahan iaitu bekerja secara haram di Thailand dan tinggal melebihi tempoh visa.

 ??  ?? CARPENTER (kiri) ketika ditahan polis di Pattaya kerana mempromosi­kan pakej pelayaran seks di Facebook. - Agensi
CARPENTER (kiri) ketika ditahan polis di Pattaya kerana mempromosi­kan pakej pelayaran seks di Facebook. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia