Harian Metro

Potong gaji kerana keluar pejabat beli makanan Tak tahan sebak

- Daily Mail

Tokyo: Eksekutif sebuah syarikat bekalan air di Jepun membuat permohonan maaf kepada pelanggan di televisyen dan memotong gaji seorang pekerjanya yang didapati meninggalk­an pejabat untuk membeli makanan ketika waktu rehat tengah hari.

Pekerja berusia 64 tahun di Biro Perkhidmat­an Air Kobe itu didapati meninggalk­an mejanya selama 72 minit dalam tempoh tujuh bulan untuk membeli makanan.

Bagaimanap­un, syarikat itu memandang serius kejadian itu dan menganggap pekerja berkenaan membuang masa syarikat untuk membeli makanan.

Perjalanan ke kedai makan berhampira­n pejabat lelaki itu hanya mengambil masa selama tiga minit dan ia berlaku 26 kali antara September 2017 hingga Mac 2018.

Tindakan lelaki itu terbongkar selepas seorang pegawai melihat keluar tingkap dan ternampak dia melintas jalan untuk ke kedai berkenaan untuk membeli makanan.

Dalam satu siaran televisyen, eksekutif syarikat itu menundukka­n kepala sebagai tanda memohon maaf kepada pelanggan dan memberitah­u gaji untuk separuh hari pekerja berkenaan dipotong sebagai hukuman.

Namun, tidak lama selepas permohonan maaf itu dibuat, pengguna media sosial di Jepun mengecam tindakan berkenaan yang dianggap sebagai melampau.

“Adakah pekerja kini tidak dibenarkan lagi untuk ke tandas pula? Ini tempat bekerja atau satu bentuk penghambaa­n,” kata seorang pengguna Twitter.

“Ini sangat mengarut. Mengaturka­n permohonan maaf di media membuang lebih banyak masa berbanding tiga minit yang diambil pekerja itu untuk membeli makanan,” tambah seorang lagi pengguna.

Kes itu mencetuska­n kembali perdebatan mengenai budaya kerja di Jepun di mana pekerja biasanya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan jarang mengambil cuti termasuk cuti sakit. - Daily Mail

Seorang pembaca berita gagal menahan sebak dan menangis ketika melaporkan berita mengenai pusat penahanan bagi pendatang kanak-kanak serta bayi yang diasingkan secara paksa daripada ibu bapa mereka.

Hos rangkaian televisyen MSNBC, Rachel Maddow mengakhiri berita pada malam Rabu dengan laporan Associated Press bahawa kanak-kanak ditahan di tiga kemudahan di Texas, namun gagal menahan emosi apabila cuba membaca huraian keadaan lokasi terbabit menyebabka­nnya memutuskan menamatkan rancangan berkenaan secara mengejut, hanya beberapa minit sebelum dijadualka­n selesai.

“Ini terlalu mengejutka­n. Saya terpaksa berhenti di sini, saya minta maaf,” katanya seterusnya menyerahka­n kepada hos rancangan seterusnya Lawrence O’Donnell.

Rachel kemudian meminta maaf di Twitter dan mengongsik­an skrip yang sepatutnya dibacakan ketika rancangan berkenaan.

“Sepatutnya menjadi tugasan saya untuk membacakan apa saja ketika bersiaran langsung. Malangnya apabila diserahkan skrip ini saya tidak mampu meneruskan­nya. Saya minta maaf kerana tidak dapat mengawal emosi ketika itu,” katanya.

Laporan AP itu mendakwa pegawai daripada pentadbira­n Trump menghantar kanak-kanak

 Pembaca berita hentikan siaran selepas gagal kawal emosi baca skrip kanak-kanak, bayi dipisahkan daripada ibu bapa

dan bayi yang dipisahkan secara paksa daripada ibu bapa mereka di sempadan Amerika Syarikat (AS) - Mexico ke sekurang-kurangnya tiga pusat penahanan khas di Texas Selatan.

Peguam dan anggota perubatan yang melawat kemudahan di Rio Grande Valley itu menceritak­an mengenai bilik permainan dipenuhi kanak-kanak kecil menangis dan dalam keadaan trauma walaupun pusat penahanan berkenaan berkenaan bersih dan selamat diduduki.

Kerajaan turut dikhabarka­n merancang membuka pusat perlindung­an keempat untuk ratusan pendatang kanak-kanak kecil di Houston.

Isu itu mendapat kecaman hebat termasuk oleh pemimpin negara lain terutama selepas gambar kanak-kanak dalam kurungan yang kelihatan seperti ‘sangkar’ tersebar.

Presiden AS Donald Trump dikritik termasuk oleh kumpulan hak asasi malah beberapa bekas wanita pertama negara itu, susulan polisi ‘tolerasi sifar’ terhadap pendatang yang melihat ribuan keluarga dipisahkan di sempadan negara itu.

Pihak berkuasa berkata, lebih 2,300 kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa atau penjaga mereka sejak awal Mei selepas pentadbira­n Trump mengumumka­n akan menahan dan mendakwa sesiapa yang memasuki sempadan AS-Mexico secara haram, termasuk mereka yang mahu memohon suaka.

Kanak-kanak dipisahkan kerana tidak boleh dihantar ke kemudahan tempat ibu bapa mereka ditahan.

 ??  ?? RACHEL tidak dapat menahan sebak. - Daily Mail PENDATANG dari El Salvador Epigmenio Centeno memilih tinggal di Mexico bersama dua anaknya yang kecil untuk mengelak dipisahkan. - Reuters
RACHEL tidak dapat menahan sebak. - Daily Mail PENDATANG dari El Salvador Epigmenio Centeno memilih tinggal di Mexico bersama dua anaknya yang kecil untuk mengelak dipisahkan. - Reuters
 ??  ?? GAMBAR kanak-kanak ditahan dalam 'sangkar' mendapat kecaman. - Agensi
GAMBAR kanak-kanak ditahan dalam 'sangkar' mendapat kecaman. - Agensi
 ??  ?? EMPAT eksekutif syarikat bekalan air membuat permohonan maaf di televisyen selepas seorang pekerja meninggalk­an pejabat untuk beli makanan tengah hari. - Agensi
EMPAT eksekutif syarikat bekalan air membuat permohonan maaf di televisyen selepas seorang pekerja meninggalk­an pejabat untuk beli makanan tengah hari. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia