Harian Metro

TUNGGU DULU...

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

 ASUM pandang serius video tular babit tujuh atlet terjun negara

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahka­n tujuh atlet terjun - tiga senior dan empat junior terbabit dengan video yang memaparkan mereka mengambil minuman keras ketika menjalani sesi latihan di Guangzhou, China.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n Setiausaha ASUM, Mae Chan, video berkenaan diambil ketika malam sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan pengurus tempat kediaman mereka di China.

“Video yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang membabitka­n tiga penerjun, diambil ketika majlis makan malam ambang Tahun Baru Cina yang dianjurkan pengurus kediaman atlet di China. Ia juga diadakan ketika cuti rehat selama tiga hari.

“Tiga jurulatih turut serta di majlis berkenaan tetapi mereka tidak sedar bahawa video itu diambil. Majlis itu diadakan secara tertutup dan di dalam kawasan peribadi,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menyebut mengenai kejayaan penerjun terbabit yang pernah memenangi perak serta gangsa di Siri Dunia 1 dan 2 di China serta Jepun sebelum memenangi tiga lagi pingat di temasya Komanwel.

“Atlet terbabit mengaku kesalahan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi­nya lagi. Mereka belajar daripada kesilapan dan memohon maaf kepada semua.

“Jawatankua­sa siasatan akan menentukan apa tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka dan akan menyerahka­n siasatan selanjutny­a kepada jawatankua­sa disiplin ASUM.”

Elaun semua atlet berkenaan digantung serta-merta dan ASUM akan mengadakan sidang akhbar mengenai isu itu, hari ini.

 ??  ?? PUSAT Akuatik Nasional Bukit Jalil, KL Sport City. VIDEO atlet terjun yang tular di laman sosial.
PUSAT Akuatik Nasional Bukit Jalil, KL Sport City. VIDEO atlet terjun yang tular di laman sosial.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia