Harian Metro

Tok Gajah bangkit!

Pengendali skuad Pahang berpuas hati pasukan kini pamer aksi terbaik

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Ketua jurulatih, Dollah Salleh gembira kerana Pahang berjaya bangkit daripada dua kekalahan sebelum ini dan tampil dengan persembaha­n bertenaga untuk menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

Malah, bekas pengendali kebangsaan itu juga berpuas hati kerana skuad bimbingann­ya itu kini berada pada kedudukan baik dan mampu mencabar Perak dalam perebutan tempat kedua Liga Super.

“Saya puas hati dengan persembaha­n pemain dan membolehka­n pasukan kembali mencatat kemenangan. Pemain berjaya menterjema­hkan apa yang kita rancang walaupun beraksi di tempat lawan.

“Mereka cukup bersemanga­t sepanjang permainan untuk memastikan kemenangan buat Pahang selepas terlepas mata pada dua perlawanan lalu kepada Johor Darul Ta[zim (JDT).

“Persembaha­n (Issey) Nakajima dan Norshahrul (Idlan Talaha) berbeza dan kedua-dua pemain ini seperti nadi kepada kemenangan pasukan. Saya betul-betul berpuas hati dengan mereka,” katanya.

Nakajima dan Norshahrul muncul wira Pahang apabila masing-masing meledak gol skuad Tok Gajah yang kini menduduki tangga ketiga selepas mengumpul 27 mata, ketinggala­n satu mata berbanding Perak.

Dollah berkata, walaupun pasukannya menerima tentangan sengit Negeri Sembilan, tetapi disiplin serta komitmen tinggi pemain sepanjang tempoh permainan selain memanfaatk­an peluang jaringan jelas menjadi kunci kepada kemenangan itu.

“Negeri Sembilan menunjukka­n saingan yang baik tetapi gol awal yang kami peroleh pada minit ketujuh itu menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk terus cemerlang,” katanya.

Beliau yakin dan percaya kemenangan ke atas skuad Hobin Jang Hobin akan memberi impak positif kepada pasukan dan meningkatk­an lagi motivasi serta keyakinan pemain untuk berdepan PKNP FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Kuantan, Sabtu ini.

 ??  ?? NORSHAHRUL (kiri) dan Nakajima (dua dari kanan) mucul wira Pahang.
NORSHAHRUL (kiri) dan Nakajima (dua dari kanan) mucul wira Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia