Harian Metro

Djokovic garang

- AFP

Novak Djokovic membuktika­n yang dia bersedia untuk ke Wimbledon apabila membenam 6-2, 6-1 pemain daripada pusingan kelayakan, John Millman di Queen’s Club, semalam.

Djokovic berada di ranking 22 ATP selepas kekalahan memalukan apabila terkeluar pada pusingan suku akhir Terbuka Perancis kepada pemain Itali, Marco Cecchinato.

Pemain berumur 31 tahun dari Serbia itu yang mengalami kecederaan siku tahun lalu, gagal melangkah ke separuh akhir dalam lima penampilan­nya di Grand Slam.

Djokovic tidak memenangi sebarang gelaran utama sejak memenangi Grand Slam pada Terbuka Perancis 2016.

Diselubung­i khabar angin yang dia tidak mempunyai motivasi untuk berada di ranking teratas, pemenang 12 kali Grand Slam itu memutuskan untuk memulakan bidaan merangkul mahkota Wimbledon buat kali keempat dengan menyertai Queen’s sebagai pemegang tiket ‘wild card’.

“Lihat, ini bukan kali pertama atau yang terakhir saya tewas dalam hidup saya. Saya tahu bagaimana untuk menangani situasi sebegini,” kata Djokovic apabila ditanya

 Pemain Serbia sedia cabar gelaran Wimbledon

bagaimana dia berdepan dengan kekalahan di Terbuka Perancis.

“Saya berehat seketika, anda tahu, mengecas semula bateri secara mental.

“Saya pergi mendaki bersama isteri tanpa anak-anak selama lima hari, jika anda

fizikal dan mahu tahu.”

Ujian sebenar bagaimanap­un menanti Djokovic pada pusingan kedua apabila dia dijadual bertemu juara Finals ATP 2017, Grigor Dimitrov yang terdahulu menewaskan pemain Bosnia, Damir Dzumhur 6-3, 6-7 (4/7), 6-3.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia