Harian Metro

Murray belum putus sertai Wimbledon

-

London: Andy Murray

perlu meneliti lebih lanjut mengenai tindak balas badannya sebelum memutuskan sama ada menyertai kejohanan Wimbledon atau sebaliknya selepas 11 bulan tidak bersaing dalam perlawanan kompetitif.

Murray tewas di tangan pemain Australia, Nick Kyrgios 6-2, 6-7 (4/7), 5-7 pada pusingan pertama di Queen’s Club tatkala bekas pemain nombor satu dunia itu kembali selepas kecederaan pinggul yang menyaksika­nnya menjalani pembedahan, Januari lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu kembali ke gelanggang buat kali pertama sejak tewas di tangan Sam Querrey pada suku akhir Wimbledon, 342 hari lalu dan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi kali ini.

Malah, juara Wimbledon dua kali yang merudum ke tangga ke-156 dunia itu menunjukka­n tanda kekok ketika membuat pukulan dan pergerakan.

Murray mengakui mengalami sedikit kekejangan di bahagian belakang ketika perlawanan dan kakinya selepas itu, sekali gus belum jelas mengenai kemampuan badannya untuk mengharung­i perlawanan di Wimbledon.

Dia merancang untuk melihat keadaan badannya dalam tempoh 48 jam sebelum membuat keputusan sama ada akan beraksi di All England Club - venue yang menyaksika­nnya meraih dua gelaran Wimbledon.

“Saya tidak akan menarik diri daripada kejohanan minggu depan dan mahu menyertai kejohanan seperti pertunjuka­n juga, bersiap sedia untuk Wimbledon. Apa pun, saya belum pasti.

“Saya memerlukan masa dan melihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini selain berbincang dengan pasukan mengenainy­a. Ini kerana, saya tidak tahu apa yang terbaik untuk saya ketika ini.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia