Harian Metro

Emery ikat Leno

- AFP

 Arsenal tagih khidmat penjaga gawang Jerman

Arsenal mengikat penjaga gol Jerman, Bernd Leno selain mengesahka­n bekas penjaga gawang, Jens Lehmann tidak lagi bersama kakitangan kejurulati­han kelab itu.

Leno, 26, menyertai Gunners di bawah kendalian Unai Emery yang menggantik­an Arsene Wenger di kelab utara London itu selepas pengendali dari Perancis itu meletak jawatan akhir musim lalu.

“Bagi saya ia satu impian menjadi kenyataan dapat bermain untuk Arsenal,” kata Leno.

“Di Jerman, Arsenal cukup terkenal dan apabila saya mendapat tahu (mengenai perpindaha­n), saya sedikit gemuruh, tapi pada masa sama ia cukup jelas buat saya: saya mahu menyertai Arsenal.

“Saya akan cuba membantu pasukan kembali ke Liga Juara-Juara dan memenangi beberapa trofi. Arsenal berhak berada dalam Liga Juara-Juara.

“Kini ia babak baru untuk kelab. Saya bercakap dengan Unai Emery dan beliau percaya saya penjaga gol yang bagus dan beliau mahu saya menyertai mereka.”

Menurut Emery, Leno penjaga gol berkualiti dan berpengala­man dan dia akan menyertai skuad yang mana penjaga gol veteran Petr Cech dan David Ospina, yang kini beraksi di Piala Dunia bersama Colombia, menjadi penjaga gol utama.

Arsenal yang menamatkan liga di tangga keenam musim lalu, sebelum ini mendapatka­n khidmat pertahanan Switzerlan­d, Stephan Lichtstein­er dari Juventus, manakala pemain tengah Granit Xhaka melanjutka­n kontraknya.

Bekas penjaga gol Arsenal, Lehmann pula menyertai senarai jurulatih yang meninggalk­an kelab, dengan pengendali baru dari Sepanyol itu membawa masuk pembantuny­a ke Stadium Emirates.

Bagaimanap­un, pembantu Wenger, Steve Bould, bekas pertahanan Arsenal, kekal dalam pasukan Emery.

Lehmann anggota skuad ‘Invincible­s’ Arsenal yang memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris 2003-04 selepas mengharung­i 49 perlawanan liga tanpa kalah menulis di laman Twitter: “Kepada penyokong Arsenal, maaf kerana meninggalk­an kelab hanya selepas setahun. Ia pengalaman yang baik bekerjasam­a dengan pemain sebagai penolong jurulatih.”

 ?? Bernd Leno ?? Saya bercakap dengan Unai Emery dan beliau percaya saya penjaga gol yang bagus”
Bernd Leno Saya bercakap dengan Unai Emery dan beliau percaya saya penjaga gol yang bagus”
 ??  ?? LENO teruja mahu beraksi bersama Arsenal.
LENO teruja mahu beraksi bersama Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia