Harian Metro

Rashford nafi dakwaan

-

Saint Petersburg: Marcus Rashford menafikan pandangan ramai yang menyatakan England terlalu bergantung harap kepada kemampuan kapten mereka Harry Kane pada Piala Dunia.

Dengan peluang banyak disia-siakan ketika menentang Tunisia, Kane muncul satu-satunya pemain yang mampu mengawal perasaan gugup, meledak dua gol bagi menjamin kemenangan 2-1.

England tidak seharusnya mensia-siakan lagi peluang apabila berdepan pasukan yang lebih baik dengan pemain seperti Raheem Sterling, Jesse Lingard, Dele Alli dan Rashford dijangka mampu mencipta jaringan.

Kane bagaimanap­un kekal sebagai pemain yang masih berada di tahap prestasi terbaik dan Rashford berkata, tidak ada keperluan untuk terlalu bergantung nasib ke

(gambar)

atas bintang Tottenham itu.

“Semuanya hanya akan menjadi satu jangkaan tapi saya tidak fikir ia akan berlaku dalam pasukan ini,” kata Rashford.

“Dia berjaya berada pada posisi terbaik dan sekiranya kami dapat menemuinya, tentunya kami akan melakukann­ya dan lebih kerap berbanding apa yang tidak dijaringka­n olehnya.”

Rashford kini dalam penantian untuk memulakan perlawanan menentang Panama, Ahad ini.

Dia meledak jaringan ketika perlawanan persahabat­an menentang Nigeria awal bulan ini dan peluangnya dilihat cerah selepas menjadi pemain gantian ketika bertemu Tunisia.

“Ia bukan penamat apabila tidak memulakan permainan,” kata Rashford.

“Kami faham ia perlu menjadi satu usaha berpasukan untuk menjuarai piala.”

Peluang Rashford untuk beraksi tampak lebih positif dengan Dele Alli mengalami kecederaan paha di Volgograd dan perlu menjalani ujian imbasan.

Alli dilihat bergelut pada hujung babak pertama tetapi dikekalkan hingga minit ke-80 dan tempatnya digantikan Ruben Loftus-Cheek. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia