Harian Metro

Penyokong Nigeria berang berganda

-

Tersentak dengan jaringan Ronaldo, permainan di Stadium Luzhniki bertambah menarik dengan Maghribi memperoleh peluang untuk menyamakan jaringan pada minit ke-10 tetapi tandukan Mbark Boussoufa berpunca hantaran Nabil Dirar sedikit tersasar.

Pada minit ke-18, Hakim Ziyech memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan selepas bijak memperdaya pertahanan Portugal tetapi rembatanny­a dihalang pertahanan, Cedric Soares.

Sekalipun Maghribi tampil dengan aksi lebih dominan pada babak kedua, Portugal terlebih dulu berpeluang menambah jaringan menerusi Ronaldo tetapi rembatan susulan pada minit ke-52 tersasar.

Portugal turut diselamatk­an oleh aksi cemerlang penjaga golnya, Rui Patricio yang menggagalk­an dua cubaan terbaik Maghribi bermula pada minit ke-55 menerusi rembatan Belhanda.

Dua minit kemudian, Patricio sekali lagi membuktika­n kehebatann­ya apabila merebahkan badan untuk menggagalk­an tandukan Belhanda berpunca sepakan percuma Hakim Ziyech.

Deretan peluang dicipta Maghribi yang terdesak mendapatka­n kemenangan pada penghujung perlawanan tetapi mereka kemudian dikecewaka­n dengan ketumpulan serangan. Lagos: Penyokong Nigeria mempunyai lebih daripada satu sebab untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka ketika ini.

Bukan setakat pasukan mereka tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan tetapi apa yang membuatkan sebahagian besar penduduk negara itu berang ialah ramai yang tidak dapat menyaksika­n perlawanan hingga tamat.

Semuanya kerana hujan lebat yang menjejaska­n gelombang satelit hingga mengganggu siaran langsung perlawanan menentang Croatia di televisyen.

Syarikat Transmisi Nigeria (TCN) berkata, enam loji kuasa terpaksa ditutup bagi menghalang kemusnahan lebih buruk berikutan insiden kegagalan paip bawah tanah serta ‘isu teknikal’ lain.

Sepanjang dua hari, grid kuasa kehilangan 1,087 megawatt tenaga elektrik. Semalam, mesin sokongan kuasa berjaya membekalka­n 3,876.9 MW.

TCN berkata, mereka sedang berusaha untuk memulihkan semula kuasa di setiap stesen dan keadaan dijangka pulih dalam masa sehari atau dua lagi.

Tetapi insiden terputus bekalan elektrik yang memaksa penduduk menggunaka­n generator berkuasa diesel, sekali lagi mendedahka­n kelemahan sistem elektrik Nigeria.

Walaupun mengeluark­an 1.8 juta tong minyak sehari dan menjadi negara Afrika yang paling banyak mengekspor­t bahan berkenaan, Nigeria kerap dilanda masalah elektrik.

Kuasa yang dibekalkan adalah 7,000 MW tetapi kuasa sebenar yang boleh digunakan penduduk adalah sekitar 2,500 dan 5,000 MW, kata pangkalan data TCN.

Sebagai perbanding­an, Afrika Selatan menjana 45,000 MW elektrik buat 53 juta rakyatnya.

“Sejak 10 tahun lalu, kami hanya dijanjikan kuasa elektrik yang lebih baik iaitu 10,000 MW tetapi janji tinggal janji,” kata Obioma Onyi-Ogelle dari Universiti Nnamdi Azikiwe di Awka, selatan Nigeria.

“Ini tidak memadai langsung kerana kami percaya, Nigeria memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 MW untuk memenuhi keperluan rakyat,” kata Onyi-Ogelle. AFP

 ??  ??
 ?? Obioma Onyi-Ogelle ?? Sejak 10 tahun lalu, kami hanya dijanjikan kuasa elektrik yang lebih baik iaitu 10,000 MW tetapi janji tinggal janji
Obioma Onyi-Ogelle Sejak 10 tahun lalu, kami hanya dijanjikan kuasa elektrik yang lebih baik iaitu 10,000 MW tetapi janji tinggal janji

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia