Harian Metro

Impak generasi baru

-

dilakukan pasukan pilihan utama dalam Kumpulan H

itu. “Senegal menang disebabkan disiplin tinggi,” kata Cisse yang mengetuai pasukan itu ketika menewaskan Perancis dalam perlawanan pertama Piala Dunia 2002.

“Kamu dapat lihat pasukan

Senegal yang mantap dan padu. Kami berjaya membuatkan mereka berada dalam keadaan tertekan.

“Setiap kali mereka melakukan kesilapan, kami berjaya memanfaatk­annya. Kami berjaya membuatkan mereka keluar daripada zon selesa mereka pada babak pertama.”

Cisse yang beraksi di posisi tengah bertahan ketika era sebagai pemain di England dan Perancis berdepan pelbagai kritikan sejak mengambil alih tugas jurulatih tiga tahun lalu kerana terlalu berhati-hati dalam pendekatan­nya dan tidak memanfaatk­an sepenuhnya bakat dimiliki pemain sayap Liverpool, Sadio Mane.

Masih segar dengan kemenangan mengejut itu yang mencerahka­n peluang mereka untuk melepasi peringkat kumpulan yang turut dibarisi Jepun dan Colombia, Cisse mengakui antara strateginy­a adalah merantai pergerakan pemain tengah Poland, Robert Lewandowsk­i.

“Senegal berjaya membuatkan

Poland tidak dapat

 Cisse terapkan disiplin tinggi, keyakinan padu pacu Senegal

bermain dengan cara mereka. Kamu perlu beri kredit untuk itu... kami tahu Lewandowsk­i adalah nadi utama mereka dan kami mengawalny­a dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia