Harian Metro

Hidu kelemahan Mesir Aksi di Russia tidak memihak Salah

- Reuters

Tuan rumah Piala Dunia, Russia hampir pasti layak ke pusingan kalah mati selepas menundukka­n Mesir 3-1 di Stadium Saint Petersburg, awal pagi semalam.

Ternyata, keputusan Russia untuk mengambil keputusan di atas kelemahan bola tinggi Mesir adalah kunci kemenangan pasukan, kata pengendali­nya Stanislav Cherchesov .

Cherchesov merombak barisan depannya, menyenarai­kan pemain tengah, Artem Dzyuba ke dalam kesebelasa­n utama menggantik­an Fyodor Smolov, yang memulakan permainan ketika menang 5-0 ke atas Arab Saudi pada perlawanan pembukaan Kumpulan A.

“Kadang-kadang pelik untuk melihat apabila anda memerlukan penyerang berbadan besar untuk bermain, tapi kami sudah mengkaji corak permainan Mesir,” kata

Cherchesov.

“Kami tahu saat-saat sukar mereka, kami tahu kelemahan mereka.”

Smolov tidak menjaringk­an gol pada perlawanan pertama manakala Dzyuba membolosi gawang Saudi seminit selepas dimasukkan pada babak kedua namun Cherchesov menegaskan keputusan menurunkan­nya menentang Mesir adalah soal taktikal, bukan prestasi.

“Tanpa mengira sama ada Smolov menjaringk­an gol pada perlawanan pertama, pilihan kami lebih kepada Dzyuba. Dia dalam keadaan baik dan bercakap mengenai taktikal dalam perlawanan ini saya rasa dia lebih sesuai dan dia memenuhi peranannya.”

Dzyuba memainkan peranannya dengan sempurna, mengawal bola hantaran jauh dengan dadanya sebelum meledak gol ketiga Russia dan memberikan masalah kepada Mesir sepanjang perlawanan.

Dia turut memainkan peranan dalam dua gol pertama dengan memberikan tekanan terhadap kapten Mesir, Ahmed Fathi yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Semua tiga gol Russia terhasil dalam tempoh 15 minit babak kedua selepas terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Kemenangan itu membolehka­n Russia mengutip enam mata untuk berada di tangga teratas Kumpulan A.

Petersburg: Tiga minggu dan tiga hari selepas Sergio Ramos meranapkan harapan terbaik Mesir di Piala Dunia, Mohamed Salah kembali bermain.

Dia berjaya memenangi sepakan penalti dan menyempurn­akannya dengan kaki kiri menerusi rembatan kencang ke penjuru gol lawan.

Namun, jaringanny­a itu sudah terlewat memandangk­an Russia yang juga tuan rumah sudah mendahului dengan kelebihan tiga gol.

“Sekiranya dia tidak cedera, sukar untuk menjangkak­an apa yang mungkin berlaku,” kata jurulatih Mesir, Hector Cuper. “Namun kami tahu kualiti dimilikiny­a.”

Apapun, aksi di Russia tidak memihak Salah - tidak sama seperti ketika dia menggugat AS Roma dan Manchester City atau meledak 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris serta 10 gol bagi membantu Liverpool ke final Liga Juara-Juara sebelum ini.

Ia adalah Salah yang berusaha melakukan yang terbaik, berharap muncul sebagai penjaring gol kemenangan sekalipun menyedari persembaha­n sempurna tidak mungkin berlaku.

Malah,

persediaan­nya untuk perlawanan yang menyaksika­n Russia meraih kemenangan 3-1 dalam aksi kedua Kumpulan A itu tidak 100 peratus sempurna.

Lebih jelas, prestasiny­a boleh dilihat dalam setengah jam pertama yang menyaksika­n pemain berusia 26 tahun itu jarang menyentuh bola dan lebih selesa melakukan hantaran apabila menerima bola.

“Dia tidak bersedia dengan baik bersama kami dan ia menjejaska­n sedikit keupayaan fizikalnya,” kata Cuper. - AFP

 Cherchesov guna pemain tinggi halang hantaran lintang The Pharaohs

 ??  ?? PEMAIN Russia meraikan jaringan.
SALAH (dua dari kiri) bantu Mesir sempurnaka­n penalti menerusi rembatan kencang ke penjuru gol Russia.
PEMAIN Russia meraikan jaringan. SALAH (dua dari kiri) bantu Mesir sempurnaka­n penalti menerusi rembatan kencang ke penjuru gol Russia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia