Harian Metro

PEROSAK KHAZANAH

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

Keindahan Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) yang terkenal sebagai pusat pelanconga­n dan aktiviti menyelam tercemar susulan penemuan lambakan pukat hantu memenuhi sekeliling terumbu karang.

Sejak beberapa tahun lalu, penyelam mengambil inisiatif sendiri memindahka­n jaring ikan dari terumbu karang dalam taman marin yang dilindungi merangkumi lima pulau iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug di sini.

Malangnya masalah pukat hantu terus berleluasa di TARP dan menjadi ancaman kepada terumbu karang serta hidupan laut.

Penyelia penyelam, Jude Junius berkata, aktiviti menyelam boleh tergugat jika aktiviti menangkap ikan secara haram dan lambakan jaring terus berleluasa tanpa pemantauan berkesan daripada pihak berkuasa.

“Terumbu karang terancam pada kadar sangat membimbang­kan dan akan mati jika keadaan ini berterusan. Kami sudah melakukan apa yang perlu, namun ia cuma sedikit yang kami mampu. Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan perlu memberi tumpuan ke atas masalah ini.

“Kami bangga dengan Sabah yang kaya dengan kepelbagai­an biologi laut, namun keadaan ini menjadikan industri menyelam kelihatan teruk terutama kepada penyelam baharu yang tidak sabar untuk melakukan pengembara­an di air,” katanya.

Jude berkata, mereka juga menemui perangkap ikan di sekitar terumbu dipasang individu tidak bertanggun­gjawab, lalu mempersoal­kan keberkesan­an bayaran konservasi kepada TamanTaman Sabah.

Sejak bulan lalu, penyelam menemui lebih 13 jaring hantu dengan inisiatif membersihk­an laut itu dibia-

 ??  ??
 ??  ?? PENYELAM mengeluark­an pukat hantu yang merosakkan terumbu karang di dasar laut.
PENYELAM mengeluark­an pukat hantu yang merosakkan terumbu karang di dasar laut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia