Harian Metro

Menu masyarakat Dayak kegemaran semua kaum

-

Bintulu: Hidangan pansuh, siew mai dan kek lapis antara menu popular masyarakat Melayu, Dayak serta Cina di Sarawak, tanpa disedari adalah ejen keharmonia­n yang wujud sekian lama di negeri ini.

Cuma membezakan­nya, menu berkenaan perlu disediakan mengikut kesesuaian budaya dan tradisi berbilang kaum di Sarawak, namun masih mengekalka­n nama menu yang sama sebagai simbol penerimaan antara satu sama lain.

Pemilik restoran Mijum 56 Cafe, Sandine Bennidect, 45, berkata, pansuh yang menjadi hidangan tradisi masyarakat Dayak sejak turun temurun menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat Melayu dan Cina.

“Berbekalka­n modal sekitar RM5,000, saya membuka restoran ini kerana mahu menjadikan menu masakan masyarakat Dayak sebagai sumber pendapatan, selain mahu ia dilihat sebagai satu usaha mengeratka­n perhubunga­n antara kaum menerusi makanan.

“Saya merasakan industri makanan tradisi Dayak berpotensi berkembang maju bukan saja di Bintulu, malah di seluruh bandar utama negeri ini kerana ia semakin digemari tidak kira bangsa mahupun agama,” katanya kepada wartawan semalam.

Pansuh adalah menu tradisi masyarakat Dayak di mana ikan, daging, atau ayam dimasak dalam buluh. Antara menu Dayak yang popular juga adalah pulut kukus dalam daun irik, daun ubi goreng dan jeruk Sawi Dayak atau lebih dikenali sebagai ‘kimchi Iban’.

Sandine berkata, hidangan yang turut mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat bukan Dayak adalah hidangan eksotik seperti ulat rumbia, ikan tapah dan daging kambing batu liar.

“Bagaimanap­un, menu terbabit hanya dihidangka­n secara berkala sekiranya bahan mentah mencukupi,” katanya.

Katanya, bagi memastikan restoranny­a unik kepada pengunjung, dekorasi kedai dihiaskan dengan pua kumbu (tenunan kaum Iban), pasu antik, pinggan antik dan bungai jarau (hiasan kayu yang diraut halus).

 ??  ?? SANDINE (tengah) bersama pembantuny­a menunjukka­n menu tradisi Dayak yang dimasak dalam buluh di Mijum 56 Cafe, Bintulu.
SANDINE (tengah) bersama pembantuny­a menunjukka­n menu tradisi Dayak yang dimasak dalam buluh di Mijum 56 Cafe, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia