Harian Metro

Desakan mahu Masing letak jawatan tindakan kurang matang

-

Desakan supaya Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, meletakkan jawatan hanya kerana mencadangk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) bergerak sebagai satu parti berbilang kaum adalah tindakan kurang matang.

Ketua Publisiti Pemuda PRS, Andy Lawrence, berkata, desakan mahu Masing meletakkan jawatan atas faktor keterbukaa­nnya bukan perkara yang dialu-alukan dalam konteks politik yang berubah sepenuhnya.

“Presiden kami mencadangk­an sesuatu yang berani, realistik dan konstrukti­f, semata-mata mahu demi kebaikan GPS dan Sarawak secara keseluruha­nnya.

“Kami (PRS) percaya cabaran atau perubahan status semasa dalam iklim politik yang sudah berubah tidak patut dilihat sebagai tindakan negatif.

“Kita perlu keluar daripada senario kepompong dan berubah jika perlu dalam era baharu landskap politik,” katanya kepada wartawan semalam.

Minggu lalu, Masing mencadangk­an GPS yang menggabung­kan empat parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), PRS dan Parti Progresif Demokratik (PDP), dibubar dan bergerak sebagai satu parti berbilang kaum di bawah GPS.

Cadangan berkenaan dikemukaka­n pada Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN), namun ditentang keras Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Timbalan Presiden PBB. Hasil mesyuarat menyebabka­n empat parti berkenaan keluar BN dan menubuhkan GPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia