Harian Metro

Warga emas cabul budak ditahan Kekal hutan bakau asli

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Perbuatan jijik lelaki warga emas mencabul seorang kanak-kanak perempuan bulan lalu membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah panjang, di Bakong di sini, kelmarin.

Suspek berusia 71 tahun ditahan jam 3.40 petang selepas didakwa mencabul kehormatan mangsa berusia lapan tahun di rumah panjang itu

18 Mei lalu.

Ketua Polis Marudi, Deputi Superinten­dan Gabriel Risut berkata, suspek ditahan sejurus polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 48 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku di tepi longgokan kayu di bawah rumah panjang dihuni mangsa.

“Terdapat saksi ternampak suspek mencabul mangsa ketika mangsa bermain di kawasan itu.

“Saksi terbabit menceritak­an kejadian itu kepada ibu mangsa, bagaimanap­un, mangsa enggan mendedahka­n perkara sebenar,” katanya

Katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kerajaan negeri bersetuju mengekalka­n 400 hektar kawasan hutan bakau yang belum diteroka untuk projek akuakultur ternakan udang di Pitas bagi kepentinga­n penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew berkata, ia bagi membolehka­n penduduk yang bergantung kepada aktiviti mencari hasil laut di kawasan bakau seperti udang dan lokan meneruskan kehidupan mereka.

Beliau berkata, projek akuakultur itu yang dilaksanak­an secara usaha sama di antara Yayasan Sabah dan sebuah syarikat dari Perak sejak lima tahun lalu sudah membuka 920 hektar kawasan bakau untuk menjalanka­n penternaka­n udang berskala besar.

 Penduduk boleh cari udang, lokan untuk hidup

“Kami bersetuju 1,000 ekar (400 hektar) kawasan hutan bakau itu dikekalkan. Kami bawa isu projek ini kepada kerajaan negeri bagi mencari penyelesai­an yang berkaitan dengan masalah alam sekitar berpunca daripada pelaksanaa­nnya.

“Pada masa sama, kami memantau bagi memastikan syarikat yang melaksanak­an projek itu mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Perlindung­an Alam Sekitar Sabah (SEPA) di sini, semalam.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datu Rosmadi Sulai dan Presiden SEPA, Dr Lanash Thanda.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata, pihaknya memandang serius masalah yang timbul berikutan pelaksanaa­n projek itu yang memberi kesan kepada penduduk.

Sementara itu, Rosmadi berkata, syarikat yang melaksanak­an projek itu pernah dikompaun pada 2013 kerana menjalanka­n kerja pembersiha­n hutan bakau tanpa penilaian kesan alam sekitar (EIA).

“Kami mengeluark­an perintah memberhent­ikan kerja dua kali pada 2013 hingga laporan EIA dikeluarka­n pada 2014. Pemantauan masih diteruskan dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan jika gagal mematuhi peraturan,” katanya.

Terdahulu, Dr Lanash berkata, selain meminta mengekalka­n 400 hektar hutan bakau yang belum diteroka, komuniti kampung di sekitar projek itu meminta syarikat berkenaan tidak membuang sisa kolam ternakan terus ke sungai bagi mengelak pencemaran.

“Kami dimaklumka­n banyak masalah alam sekitar berlaku selepas 2,300 ekar (920 hektar) kawasan hutan bakau dibersihka­n untuk projek itu termasuk paras air pasang yang tinggi hingga mencapai dua meter berbanding paras biasa sebelum ini.

“Penduduk sekitar kawasan itu kebanyakan­nya bergantung kepada aktiviti menangkap udang, ketam dan mencari lokan tetapi sekarang semua itu hilang.

“Sekarang hanya ada 1,000 ekar kawasan bakau yang masih tinggal dan di situlah mereka (penduduk kampung) mencari makan. Jadi kami mahu kawasan hutan itu dikekalkan,” katanya.

Semalam, sekumpulan penduduk dari Kampung Eloi, Pitas yang terjejas dengan projek itu mengadakan pertemuan dengan Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jannie Lasimbang bagi meluahkan nasib dihadapi mereka selaku penduduk asal kawasan itu. Penduduk kecewa pelaksanaa­n projek itu yang sebelum ini didakwa menyediaka­n banyak peluang pekerjaan apabila lebih banyak menyebabka­n kemusnahan terhadap alam sekitar dan menjejaska­n kehidupan.

 ??  ?? DARI kiri Dr Lanash, Christina dan Rosmadi ketika sidang media selepas di Wisma Tun Fuad Stephen.
DARI kiri Dr Lanash, Christina dan Rosmadi ketika sidang media selepas di Wisma Tun Fuad Stephen.
 ??  ?? GABRIEL
GABRIEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia