Harian Metro

Tukang masak raba remaja

-

Seorang tukang masak ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan di sebuah rumah di Putatan, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa berusia 16 tahun mendakwa diganggu secara seksual lelaki terbabit yang berusia 47 tahun ketika tidur dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada Isnin lalu yang dibuat bapa saudara mangsa.

Katanya, suspek adalah pekerja kepada bapa saudara mangsa.

“Mangsa tinggal bersama ibu mentua bapa saudaranya di sebuah kampung di Putatan dan sehari sebelum kejadian, suspek dibawa pengadu ke rumah itu untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama.

“Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai tukang masak di restoran milik pengadu dan ketika kejadian, mangsa tidur di biliknya sebelum tersedar apabila suspek cuba berbaring di sebelahnya.

“Suspek meminta izin mencium dahi mangsa, namun ditolak mangsa sebelum suspek mencium, meraba badan dan punggung mangsa secara paksa,” katanya di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, suspek dipercayai memasukkan tangannya ke dalam baju mangsa dan meramas payudarany­a.

Beliau berkata, mangsa keluar dari biliknya dan berlari ke ruang tamu, namun dikejar suspek.

“Dia berlari ke biliknya semula dan mengunci pintu. Mangsa tidak cedera dan mengadu hal itu kepada keluarga,” katanya yang memberitah­u mangsa tidak lagi tinggal di rumah itu selepas kejadian.

Susulan laporan, suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

 ??  ?? MOHD Haris
MOHD Haris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia