Harian Metro

Kerbau, kambing hadiah cabutan bertuah

-

Kota Kinabalu: Unik apabila seekor kerbau jantan dan dua ekor kambing akan diberikan kepada pengunjung bertuah yang hadir pada Tamparuli Fest 2018 bermula 10 hingga 12 Julai ini.

Festival itu akan disertai lebih 400 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk petani dan nelayan dari seluruh Sabah.

Acara berlangsun­g di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli dan di pekarangan dewan agak unik kerana turut menyediaka­n hadiah cabutan bertuah membabitka­n haiwan ternakan kepada orang ramai.

Pengerusi Penganjurn­ya, Stephen Sampil berkata, pelbagai acara termasuk pameran produk tempatan oleh IKS, petani dan nelayan serta tamu besar, pertanding­an berbasikal dan promosi makanan tradisi.

“Selain itu, perkongsia­n pengalaman oleh usahawan yang turut diadakan selain pertanding­an memancing dan persembaha­n hiburan oleh artis tempatan.

“Pesta ini bukan saja membantu mempromosi­kan produk tempatan usahawan IKS dan hasil tani serta perikanan, malah mampu memperkena­lkan Tamparuli kepada pengunjung luar,” katanya dalam sidang media Tamparuli Fest 2018 di sini semalam.

Pesta itu anjuran bersama Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah, Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an serta Pejabat Daerah Kecil Tamparuli.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, Stephen berkata, hadiah cabutan tiket bertuah turut diadakan selama tiga hari dengan cabutan hadiah utama akan diadakan pada 12 Julai.

“Sempena pesta ini, salah satu hadiah utama juga amat menarik dan unik iaitu seekor kerbau jantan dan dua ekor kambing akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

“Lazimnya, hadiah utama adalah barangan elektrik atau motosikal, tetapi kita menampilka­n kelainan kali ini dengan memilih kerbau sebagai salah satu hadiah utama cabutan tiket bertuah,” katanya.

Sehubungan itu Stephen berharap orang ramai dari negeri ini termasuk dari Tuaran, Kota Belud, Telipok, Kiulu, Ranau dan Kota Kinabalu akan mengunjung­i pesta ini.

“Sudah tiba masanya untuk kita mempromosi­kan Tamparuli kerana daerah ini bukan saja mempunyai beberapa lokasi pelanconga­n seperti jambatan gantung Tamparuli dan rumah terbalik malah kawasan ini juga adalah laluan utama ke Ranau dan daerah di pantai timur Sabah,” katanya.

Pesta ini akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Madius Tangau pada 11 Julai ini.

 ??  ?? STEPHEN
STEPHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia