Harian Metro

Gegaran kecil kesan gempa di Sumatera

-

Port Dickson: Beberapa bangunan tinggi di sekitar Port Dickson merasai gegaran selama beberapa saat dipercayai kesan gempa bumi yang melanda Selatan Sumatera, Indonesia, pagi semalam.

Guru Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Fauzi Ahmad, 43, berkata, dia menyedari gegaran pertama pada 11.19 pagi dan gegaran kedua pada 11.32 pagi.

“Kejadian itu menyebabka­n guru dan murid keluar kelas dan berhimpun di tempat lapang kerana bimbang perkara tidak diingini menimpa mereka.

“Sebaik mendapat khabar gempa bumi di Sumatera, Indonesia, perasaan bimbang itu beransur kurang kerana sudah biasa sejak dulu lagi,” katanya.

Gegaran itu dipercayai turut dirasai di SK Teluk Kemang dan SK Port Dickson.

Suri rumah di Kampung Bagan Pinang, Asmah Alias, 39, berkata, dia turut merasai gegaran ketika mahu menyidai pakaian menyebabka­n dia berlari masuk ke dalam rumah.

Katanya, dia kemudian dimaklumka­n berlaku gegaran dipercayai susulan gempa bumi di Sumatera.

“Sebenarnya kejadian gegaran seperti ini bukan kali pertama berlaku di daerah ini kerana terletak tidak jauh dari Sumatera yang sering dilanda gempa bumi,” katanya.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia menerusi Facebook (FB) jabatan itu melaporkan gempa bumi pada 5.1 skala Richter berlaku di selatan Sumatera jam 3.46 pagi di kedudukan 218 kilometer barat Bandar Lampung, dan 830 kilometer selatan dari Pontian, Johor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia Negeri Sembilan, Mohammad Redzuan Abdul Moin, ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesan punca gegaran berkenaan kerana yakin ia bukan dari gempa bumi di Indonesia.

“Gegaran yang dirasai di sesetengah kawasan di Port Dickson hari ini (semalam) bukan berpunca daripada aktiviti akibat gempa bumi seperti yang didakwa orang awam. Kita mengkaji apakah bentuk gegaran itu sebenarnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia