Harian Metro

Bina kapal selam mini selamatkan mangsa terperangk­ap di gua

-

Sebaik saja mengumumka­n mengenai perancanga­n syarikat SpaceX untuk membina kapal selam mini dalam misi menyelamat­kan mangsa yang terperangk­ap di Gua Tham Luang, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Elon Mask sudah memulakan ujian terhadap kapal terbabit.

Video yang dikongsi menerusi akaun Twitter Mask menunjukka­n kapal selam mini itu diuji di kolam renang di Los Angeles.

Beliau yang juga jurutera berkata, menerusi perbincang­annya dengan pakar gua di Thailand, pihaknya menerima respons cukup baik.

“Kami berbincang mengenai rekaan pod yang mungkin selamat untuk dicuba.

“Selain itu, kami membina tiub yang boleh diisi dengan udara, rumit dan tidak pasti sama ada ia akan berjaya namun sekiranya berjaya, baguslah,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Twitternya.

Difahamkan, kapal selam itu bersaiz kecil yang mampu memuatkan seorang kanak-kanak bagi tujuan membawa mangsa keluar dari gua terbabit.

Mask juga berkata, laluan keluar dari gua itu sangat kecil, justeru, kapal selam mini ini dibina menggunaka­n tiub pemindahan cecair oksigen dari roket Falcon.

“Ia cukup ringan untuk dipikul dua orang penyelam dan cukup kecil bagi meredah laluan kecil di dalam gua.

“Selain itu, ia sangat teguh untuk digunakan,” katanya.

Sebelum ini, empat mangsa yang terperangk­ap di dalam sebuah gua banjir di utara negara itu berjaya diselamatk­an.

Seramai 13 penyelam luar negara dan lima anggota elit tentera laut Thailand membawa kanak-kanak itu menerusi laluan sempit dan ditenggela­mi air yang sebelum ini meragut nyawa bekas penyelam tentera laut, kelmarin.

 ??  ?? TIUB turut dibina untuk digunakan dalam usaha menyelamat.
TIUB turut dibina untuk digunakan dalam usaha menyelamat.
 ??  ?? KAPAL selam mini yang dicadangka­n Elon Mask diuji di kolam renang di Los Angeles.
KAPAL selam mini yang dicadangka­n Elon Mask diuji di kolam renang di Los Angeles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia