Harian Metro

Berkhemah di hutan

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Ungkapan melentur buluh biarlah daripada rebungnya bermaksud mendidik anak perlu di peringkat awal usia untuk kehidupan masa depan yang lebih sempurna.

Oleh itu, aktiviti luar seperti mendaki dan ilmu kelangsung­an hidup secara asas semakin mendapat perhatian ramai terutama pihak sekolah yang disokong ibu bapa.

Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosi­kan lokasi perkhemaha­n tempatan kepada orang ramai, juga memberi ilmu di luar bilik darjah yang menyeronok­kan.

Lihat saja apabila tiba musim cuti sekolah, pasti pihak sekolah terutama di kawasan bandar sering mengadakan aktiviti perkhemaha­n serta motivasi kepada pelajar kerana ia mampu meninggalk­an kesan positif.

Melihat kepada potensi perkembang­an aktiviti perkhemaha­n dan motivasi di Malaysia, Puncak Vantures antara penganjur acara atau program aktiviti luar membabitka­n pelajar sekolah menjadi pilihan terutama sekolah rendah swasta di Malaysia.

Dua pengasasny­a, Muhammad Illaham Ishak dan Zainudin Lot yang mempunyai pengalaman sebagai jurulatih pendaki Gunung Everest serta gunung popular antarabang­sa mempunyai modul pembelajar­an aktiviti luar khas buat peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah.

Illaham berkata, pengalaman dalam aktiviti luar yang lasak terutama mengendali­kan ekspedisi mendaki gunung yang mencabar memberi kelebihan kepada pihaknya untuk mengendali­kan program pembanguna­n insan di luar bilik darjah yang berbeza berbanding penganjur lain.

Selain itu, katanya, dalam aktiviti

Aktiviti dapat buka minda, kuatkan semangat pelajar

dianjurkan­nya juga terdapat kru sokongan berpengala­man sebagai pendaki profesiona­l yang pernah mendaki gunung tertinggi dunia, Everest seperti Siti Hanisah Sharuddin yang turut berkongsi pengalaman dengan peserta terbabit.

“Setakat ini bagi penganjura­n aktiviti pembanguna­n insan sememangny­a mendapat maklum balas baik daripada peserta dan pihak sekolah kerana mereka inginkan sesuatu aktiviti luar kelas yang menarik, menyeronok­kan dan memberi tambahan ilmu kepada pelajar.

“Biasanya program dianjurkan mengikut permintaan pihak sekolah dan berlangsun­g dalam tempoh tiga hari dua malam. Buat masa ini, kapasiti peserta yang pernah menyertai program antara 50 hingga 300 orang,” katanya.

Menurut Illaham, pihaknya menganjurk­an aktiviti asas perkhemaha­n dan perkongsia­n maklumat berkenaan kegiatan berkaitan bukit atau gunung terutama pendakian sesuai dengan usia peserta.

Tambahnya, dalam setiap aktiviti yang dijalankan sudah semestinya aspek keselamata­n menjadi keutamaan kerana aktiviti luar terdedah kepada risiko kemalangan.

“Kita berkongsi pengalaman pendakian di peringkat antarabang­sa yang jarang didapati dalam program tempatan biasa kerana ia boleh membuka minda dan memberi kekuatan semangat mereka, sekali gus peserta dapat melihat potensi diri dengan lebih luas,” katanya.

Bagi memastikan keselamata­n peserta dalam keadaan baik, pihaknya sentiasa mempunyai kru yang berpengala­man untuk menyokong serta mengendali­kan setiap aktiviti dilakukan.

Katanya, aktiviti pembanguna­n insan di luar kelas juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar asing yang bersekolah di Malaysia khususnya keunikan hutan hujan tropika.

“Menerusi program pembanguna­n insan seperti ini dapat menambah ilmu pengetahua­n pelajar asing berkenaan keunikan hutan hijau yang tidak terdapat di negara beriklim sejuk.

“Apabila pulang ke negara asal, sekurangku­rangnya aktiviti luar bilik darjah seperti ini dapat mereka kongsikan dengan rakan di negara mereka kelak,” katanya.

Lokasi aktiviti pembanguna­n insan yang sering diadakan Puncak Ventures:

1. Kem Sungai Pauh, Tanah Rata (Pahang).

2. Nur laman Bestari, Ulu Yam (Selangor).

3. Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat (Selangor). 4. Tapak Perkhemaha­n Air terjun Jeriau, Bukit Fraser (Pahang).

 ??  ?? PESERTA dalam kalangan pelajar sekolah mempelajar­i asas perkhemaha­n.
PESERTA dalam kalangan pelajar sekolah mempelajar­i asas perkhemaha­n.
 ??  ?? AKTIVITI di luar kelas yang mencabar mempunyai keseronoka­n tersendiri.
AKTIVITI di luar kelas yang mencabar mempunyai keseronoka­n tersendiri.
 ??  ?? PELAJAR universiti turut menyertai aktiviti pembanguna­n insan.
PELAJAR universiti turut menyertai aktiviti pembanguna­n insan.
 ??  ?? PENGALAMAN berkhemah pada waktu malam membina jati diri peserta.
PENGALAMAN berkhemah pada waktu malam membina jati diri peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia