Harian Metro

Najib selesai lunas jaminan

- Murni Wan Omar am@hmetro.com.my

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembayaran sebahagian baki wang jaminan RM500,000 di Pejabat Pendaftara­n Jenayah Mahkamah Tinggi semalam.

Beliau yang tiba jam 11.43 pagi bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Mahkamah sebelum terus membayar wang jaminan berkenaan.

Ketibaan Najib disambut lebih 80 penyokongn­ya yang melaungkan ‘Hidup Najib’ dan ‘Bebas Najib’.

Sebelum beredar, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau menerima bantuan daripada semua peringkat daripada ketua bahagian UMNO sehinggala­h ahli biasa.

“Sebelum saya ke sini pun, ada (ahli) UMNO Bahagian Tumpat datang untuk menyerahka­n sumbangan. Ini menandakan bahawa ahli UMNO dan rakyat menunjukka­n kasih sayang kepada pemimpin.

“Mudah-mudahan dengan doa restu semua, saya dan keluarga dapat melalui ujian besar ini, Insya-Allah dengan izin Allah. Ini adalah sumbangan yang bermakna dan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kerana sumbangan ini terbit dari hati nurani yang ikhlas. Terima kasih sekali lagi, mudah-mudahan Allah melindungi kita (semua) dan keluarga saya,” katanya.

Sebelum itu, dua anak Najib iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya Daniyar Kessikbaye­v tiba di pekarangan mahkamah jam 10.04 pagi.

Peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula tiba jam 11.30 pagi.

Pada 4 Julai lalu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan menggunaka­n kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM42 juta membabitka­n syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd. Mahkamah Tinggi membenarka­n tertuduh diikat jamin RM1 juta dan dibayar secara ansuran. Terdahulu, Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam memaklumka­n Tabung Solidariti Bebaskan Najib Razak yang ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membayar wang jaminan

 Bekas PM bayar RM500,000 hasil kutipan ahli UMNO di Pejabat Pendaftara­n Mahkamah Tinggi

buat Najib berjaya mengumpul RM500,000.

Lokman berkata, pihaknya akan meneruskan kutipan dana bagi membantu Najib membayar kos guamannya.

“Tabung itu diwujudkan selepas menyedari Najib dalam rayuan ikat jamin mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, Rabu lalu,” katanya.

Menurut Lokman, tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik anak Najib termasuk cucunya, adalah tidak wajar.

Katanya, pembekuan akaun hanya boleh dilakukan sekiranya mereka terbabit dalam aktiviti keganasan, penggubaha­n wang haram atau ahli kongsi gelap.

 ??  ?? NAJIB bersama Rosmah menerima sumbangan untuk melunaskan baki wang jaminan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, semalam.
NAJIB bersama Rosmah menerima sumbangan untuk melunaskan baki wang jaminan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia