Harian Metro

Kenangan manis di lokasi

Pelakon What’s Wrong With Secretary Kim, Park Seo Joon dan Park Min Young kongsi kisah melucukan

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Walaupun melakonkan babak romantis, bintang drama bersiri What’s

Wrong With Secretary Kim, Park Seo Joon dan Park Min Young berkongsi beberapa kenangan manis yang melucukan.

Antara momen sukar dilupakan Min Young apabila dia dikehendak­i menaiki roller coaster ketika penggambar­an babak temu janji kejutan oleh majikannya, Lee Young Joon.

Pelakon jelita yang membawa watak setiausaha Kim Mi So ini mengakui bukan seorang yang gemar mencuba roller coaster.

“Babak itu betul-betul mencabar dan bukan mudah bagi saya menaiki permainan itu sambil berlakon. Tambahan pula, ia adalah babak dating dengan Young Joon,” katanya.

Menurut Min Young, air muka ketakutan dan menjerit sewaktu menaiki roller coaster seperti dipaparkan adalah perasaan sebenar dan bukan lakonan.

“Itu adalah situasi yang sebenarnya berlaku. Malah, saya juga tidak ingat dari mana keberanian menaiki permainan itu datang,” katanya.

Seperti beberapa drama terkenal Korea Selatan sebelum ini, What’s

Wrong With Secretary

Kim berdasarka­n novel dan komik dari negara berkenaan yang mendapat sambutan peminat K-Drama tempatan.

Sebaik menerima projek drama itu, Min Young sudahpun membaca novel serta komik yang mengisahka­n percintaan antara seorang setiausaha dengan timbalan presiden sebuah syarikat.

“Saya seronok membaca dua karya itu. Jadi, saya banyak meluangkan masa mencari bahagian mana dalam karya terbabit yang dianggap penting oleh peminat.

“Mi So wanita manis dan saya mahu memberi yang terbaik bagi menonjolka­n wataknya supaya penonton menyukainy­a di permulaan penceritaa­n,” katanya.

Bukan saja aspek lakonan, pelakon berusia 32 tahun itu turut menitikber­atkan penampilan Mi So supaya kelihatan seperti watak sebenar setiausaha Kim.

“Saya turut berbincang dengan penata gaya dan jurusolek untuk menjadikan penampilan serta gaya seperti Mi So dalam komik,” katanya.

Tambah Min

Young lagi, dia turut mengambil inisiatif untuk

memperting­katkan tahap kesihatann­ya dengan bersenam pada waktu lapang.

“Sebelum ini, saya kurang serius untuk bersenam setiap hari kerana jenis yang suka duduk rumah. Namun, sejak menyiapkan diri untuk watak Min So, saya tidak ponteng bersenam,” katanya.

Dalam pada itu, Min Young menjelaska­n, antara sebab utama dia bersetuju berlakon dalam siri What’s Wrong With Secretary Kim kerana belum membintang­i dalam drama romantis komedi.

“Saya teringin berlakon dalam genre sedemikian dan terus bersetuju sebaik membaca skrip.

“Lagi pun, saya mendapati watak Mi So sesuai untuk personalit­i saya,” katanya.

Watak lelaki obses

Bagi Seo Joon pula, sikap Young Joon yang obses terhadap penampilan diri membuatkan dia tertarik untuk melakonkan watak itu.

“Young Joon juga mempunyai latar belakang dan personalit­i berbeza daripada saya. Perbezaan itu membuatkan saya fikir apa yang saya patut lakukan kalau berada dalam situasi lelaki terbabit,” katanya.

Oleh sebab itu, Seo Joon berkata, set penggambar­an sentiasa ceria dengan gelak ketawa kru produksi ketika merakamkan babak Yong

Joon mula obses dengan penampilan­nya.

“Pelakon dan kru memberitah­u, mereka sangat menyukai sikap Young Joon yang suka mengarah serta gaya percakapan­nya yang ada maksud tersirat.

“Sebenarnya, ada banyak lagi babak lucu lain yang antara kenangan manis sepanjang berlakon drama berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Seo Joon pernah membintang­i beberapa drama romantis komedi lain seperti She Was Pretty dan Fight For My Way.

Menurut pelakon tampan itu, walaupun genre dua drama berkenaan sama dengan What’s Wrong with Secretary Kim, setiap watak serta mesej kepada penonton adalah berlainan.

“Jalan cerita What’s

Wrong with Secretary Kim memaparkan keriangan. Setiap wataknya pula mempunyai keunikan tersendiri yang pasti membuat penonton ternanti-nanti menyaksika­n setiap episod baru,” katanya.

What’s Wrong with Secretary Kim boleh disaksikan di saluran tvN Asia, Astro 395 dan unifitv 211 pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9.45 malam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAMPAN dan bergaya demi watak dilakonkan.
TAMPAN dan bergaya demi watak dilakonkan.
 ??  ??
 ??  ?? SEO Joon berganding­an dengan Min Young sebagai teraju utama What's Wrong
With Secretary Kim.
SEO Joon berganding­an dengan Min Young sebagai teraju utama What's Wrong With Secretary Kim.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia