Harian Metro

SAYU HATI JUAL TAHFIZ

Ustaz Kazim tidak mampu tampung kos pentadbira­n cecah RM150,000 sebulan

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Tiada lagi jemputan dan merasakan ada usaha menyekat ceramahnya menyebabka­n Ustaz Kazim Elias terpaksa menjual pusat Tahfiz Darul Barakah menempatka­n 100 pelajar pada harga RM5 juta kerana tidak mampu menampung kos RM150,000 sebulan. Beliau menjelaska­n, pihaknya tidak pernah minta derma termasuk daripada parti politik dan keseluruha­n kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku dan program televisyen. Hasil jualan pusat berkenaan akan diguna untuk membina pusat tahfiz baru berskala kecil memuatkan 20 pelajar saja, lapor Mohd Hafizee Mohd Arop

Keputusan itu amat sedih, tetapi terpaksa diambil Ustaz Kazim

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengesahka­n akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya di Manjoi kerana tidak mampu menampung kos pentadbira­n pusat berkenaan.

Pengesahan itu sekali gus merungkai persoalan statusnya di Facebook (FB) serta di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan pada harga RM5 juta.

Ustaz Kazim berkata, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat itu membabitka­n unit tahfiz yang menempatka­n 100 pelajar.

Katanya, keputusan sedih itu terpaksa diambil berikutan tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbira­n keseluruha­n pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan itu amat sedih, tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan itu dapat menampung kos pentadbira­n dua lagi unit di pusat ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ditanya punca sebenar beliau tidak mampu lagi menampung kos pentadbira­n pusat berkenaan, Ustaz Kazim berkata, ia berikutan beliau tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

“Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruha­n kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku diterbitka­n dan program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurutnya, walaupun menjual unit tahfiz berkenaan, namun usaha melahirkan huffaz di negara ini diteruskan­nya dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya kami ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar,” katanya.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Pusat Pendidikan Al Barakah 8601222121(CIMB), 5699720505­03 (MAYBANK), 0801301005­4743 (BANK ISLAM) dan 0810041000­097966 (BSN).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? STATUS Ustaz Kazim di FB dan di laman mudah.my mengenai penjualan Unit Tahfiz Darul Barakah.
STATUS Ustaz Kazim di FB dan di laman mudah.my mengenai penjualan Unit Tahfiz Darul Barakah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia