Harian Metro

DIDERA IBU KANDUNG

- T.N Alagesh dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Kanak-kanak lelaki 10 tahun disyaki didera ibu sejak beberapa bulan lalu

Kesan melecur pada kemaluan, selain terdapat beberapa kesan lebam pada bahagian pergelanga­n kaki, belakang badan, pinggang, punggung dan ketiak.

Itu penderitaa­n yang ditanggung seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Muhammad Luthhakim Abdullah selepas disahkan meninggal dunia akibat didera ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini, kelmarin.

Kesan kecederaan ditemui pasukan perubatan yang merawat mangsa dipercayai kesan lama akibat didera sejak beberapa bulan lalu sebelum mangsa menghembus­kan nafas terakhir sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Sumber berkata, Muhammad Luthhakim dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sejak beberapa bulan lalu berdasarka­n kesan kecederaan lama yang ditemui pada tubuh mangsa.

“Berdasarka­n kesan kecederaan mangsa pernah didera sebelum ini,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu, ibu mangsa sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa kerana kes yang sama terhadap mangsa pada 2016 sebelum dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahka­n suspek yang juga ibu kandung kanak-kanak lelaki itu ditahan polis di HTAA petang kelmarin bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 29 tahun membuat panggilan kecemasan menghubung­i HTAA pada jam 12 tengah hari memaklumka­n anak lelakinya tidak sedarkan diri di rumah sebelum ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian. Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi cuba memberikan rawatan awal dan mangsa dibawa ke HTAA sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia. Difahamkan, suami suspek berusia 40-an dan berasal dari Klang, Selangor turut ditahan malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali memaklumka­n, dia juga terkejut mengenai kejadian itu dan memberitah­u keluargany­a jarang bergaul dengan keluarga mangsa.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu kes ini semalam (kelmarin) kerana sejak mereka berpindah ke sini tiga bulan lalu, mereka jarang bergaul dengan kami.

“Pagi tadi saya juga ditanya bapa kepada seorang kanak-kanak yang diasuh wanita itu mengenai kes berkenaan kerana melihat kawasan rumahnya yang sudah ditutup oleh polis untuk siasatan, mereka juga terkejut.

“Saya dimaklumka­n oleh lelaki berkenaan anaknya juga tidak suka untuk pergi ke rumah pengasuhny­a (suspek) tetapi atas sebab apa saya tidak tahu,” katanya.

Jiran terbabit turut memaklumka­n, polis sudah mengambil keterangan suspek sebanyak dua kali sejak kelmarin bagi membantu siasatan.

“Saya difahamkan polis turut mengambil beberapa barang kes seperti baju sekolah kanak-kanak itu untuk membantu siasatan,” katanya.

Jirannya berkata, suspek turut mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun, namun jarang melihat dua kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah.

“Sejak mereka menyewa di sini keluarga mereka jarang bergaul dan membuat hal masing-masing, saya cuma tahu suaminya ada melakukan beberapa pekerjaan dan isterinya mengasuh tiga kanak-kanak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menunggu jenazah Muhammad Luthhakim di HTAA.
AHLI keluarga menunggu jenazah Muhammad Luthhakim di HTAA.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia