Harian Metro

Syarikat barang kemas Lubnan tuntut RM59.8j

Peguam Negara mohon mencelah di mahkamah Polis belum terima permohonan pulang barang kemas Rosmah tidak beli cuma diperlihat­kan Dakwaan guna wang curi tidak berasas

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

 Syarikat dari Lubnan tuntut kembalikan barang kemas RM59.8 juta

Kuala Lumpur

Pejabat Peguam Negara akan mengemukak­an permohonan menjadi pencelah dalam kes saman syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang menuntut 44 barang kemas dipulangka­n semula atau membayar ganti rugi RM59.8 juta (AS$14.8 juta).

Peguam Kanan Persekutua­n S Narkunavat­hy berkata demikian ketika ditemui selepas kes itu disebut semula di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Siti Faraziana Zainuddin.

Menurutnya, mereka mengemukak­an permohonan itu atas alasan barang kemas itu adalah milik kerajaan dan dibeli menggunaka­n wang yang dicuri.

Beliau turut memaklumka­n bahawa mahkamah memerintah­kan Rosmah memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya pada 23 Julai ini dan menetapkan 27 Julai ini untuk pengurusan kes.

Pada 26 Jun lalu, Global Royalty Trading Sal selaku plaintif memfailkan saman dengan menamakan Rosmah sebagai defendan melalui Tetuan David Gurupatham dan Koay.

Plaintif adalah pemborong barang kemas terkenal antarabang­sa yang membekalka­n barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dari seluruh dunia.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, Rosmah didakwa sebagai pelanggan tetap kepada plaintif dalam keadaan tertentu defendan ada meminjam beberapa barang kemas dan memulangka­n semula.

Plaintif mendakwa, seperti kebiasaan mereka akan menyerahka­n barang kemas terhadap defendan mengikut permintaan dan dibuat penilaian serta dipilih sebelum dibeli oleh Rosmah.

Pembayaran akan dibuat melalui defendan sendiri atau pihak ketiga dan barang kemas yang tidak dipilih akan dipulangka­n semula kepada plaintif.

Defendan didakwa akan menerima barang kemas daripada plaintif melalui dirinya sendiri, pekerja atau ejen di Kuala Lumpur, Dubai atau Singapura.

Plaintif mendakwa barang kemas yang dihantar diiringi dengan memorandum hantar serah yang menggambar­kan barang serta harga barang itu termasuk terma dan syarat tertentu.

Pada 10 Februari lalu, melalui serahan tangan, jurujual/ejen Samer Halimeh dan Maen Shakhshir menyerahka­n 44 barang kemas kepada defendan. Antara barang kemas termahal adalah sebentuk cincin berlian 16.5 karat berharga AS$925,000 (RM3.7 juta) dan paling murah di dalam senarai adalah subang berlian berharga AS$124,000 (RM497,164.96).

Defendan ada mengesahka­n dan mengakui penerimaan barang itu melalui surat bertarikh 22 Mei 2018.

Plaintif mendakwa, defendan

juga mengesahka­n secara bertulis bahawa barang itu tidak lagi dalam milikannya tetapi sudah disita oleh pihak berkuasa Malaysia.

Oleh itu plaintif memohon deklarasi bahawa mereka adalah pemilik barang kemas itu menurut undang-undang.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa harta dan hak milik barang kemas itu tidak berpindah kepada defendan.

Selain itu, mereka memohon perintah kepada defendan senarai sitaan yang mengesahka­n barang kemas yang diambil.

Syarikat itu juga memohon perintah mandatori untuk pemulangan barang kemas itu.

Secara alternatif­nya, jika barang itu gagal dikembalik­an, plaintif mendakwa defendan bertanggun­gjawab untuk membayar semula kepada mereka.

 ??  ??
 ??  ?? BARANG rampasan dari kediaman mewah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residents Jalan
Raja Chulan.
BARANG rampasan dari kediaman mewah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residents Jalan Raja Chulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia