Harian Metro

PINTA bantu cari jalan penyelesai­an

-

Kuala Lumpur: “Saya memahami apa dirasai Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE). Sebagai seorang pemilik pusat tahfiz masyarakat sangka kami ‘kaya’ dengan perniagaan tahfiz.

“Tetapi realitinya kami mahu menyuburka­n Islam di Malaysia,” kata Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Mohd Zahid Mahmood.

Beliau yang juga Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Keramat berkata demikian ketika mengulas tular mengenai tindakan Ustaz Kazim mahu menjual Unit Tahfiz Di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak, kerana tidak mampu menampung kos pentadbira­n berjumlah RM150,000.

Mohd Zahid berkata, sukar untuk sesetengah tahfiz bertahan jika tiada dana atau sumbangan daripada orang ramai.

Katanya, Ustaz Kazim pula menggunaka­n wang hasil ceramah beliau untuk membangunk­an Pusat Pendidikan Al-Barakah berkenaan.

“Saya bersimpati dengan nasib beliau, bagaimanap­un kami akan cuba berbincang dan mencari jalan penyelesai­an untuk membantu Kazim jika ia membabitka­n dana.

“Pusat Pendidikan Al-Barakah tidak berdaftar dengan PINTA dan milik persendiri­an, namun sebagai saudara satu agama kita cuba membantu beliau sebaik-baiknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Jelasnya sebagai manusia biasa, kadang-kadang sukar untuknya memahami tindakan masyarakat yang suka mencari keburukan pusat tahfiz.

“Ramai beranggapa­n pemilik kaya dan buat duit dengan perniagaan tahfiz. Tapi sebenarnya kami mempunyai perniagaan lain dan tidak mengambil wang daripada ibu bapa pelajar yang tidak berkemampu­an.

“Saya pernah berputus asa ketika tragedi Ittifaqiya­h (terbakar) hingga mengorbank­an 23 nyawa, namun saya bangkit apabila memikirkan ada keluarga tidak berkemampu­an tetapi berhasrat menghantar anak mereka untuk belajar Islam dan mendalami ilmu al-Quran,” katanya.

Menurutnya, saranan beberapa pihak yang mahu kerajaan menutup pusat tahfiz kononnya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam tidak perlu dilayan.

 ??  ?? MOHD Zahid
MOHD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia