Harian Metro

Bayi tiang wakaf surau

Budak terkejut jumpa mayat kecil dalam beg kanvas tergantung

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

“Mulanya saya sangkakan anak kucing. Namun saya terkejut melihat kepala bayi sebaik kain balutannya terlerai,” ujar kanak-kanak, Adam Mikael Mohd Abdillah, sembilan tahun, yang menemui mayat bayi perempuan dibuang dalam beg kanvas.

Adam berkata, beg itu ditemui tergantung di kawasan wakaf surau berhampira­n rumahnya di Rumah Pangsa Kos Sederhana 940, Pandan Indah, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Katanya, kawasan wakaf surau itu memang menjadi tempat dia dan adiknya bermain setiap pagi sebelum ke sekolah tengah hari.

“Saya nampak beg itu tergantung di tiang wakaf surau, kemudian saya cucuk beg itu dengan kayu dan rasa lembut.

“Ketika itu saya menyangka ada anak kucing di dalam beg berkenaan, saya angkat beg itu dan meletakkan di atas bangku wakaf.

“Saya cuba angkat. Sebaik balutan kainnya terlerai, saya nampak kepala bayi. Saya terus berlari ke rumah memaklumka­n kejadian itu kepada datuk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam. Sementara itu, Pengerusi Surau Ikhwan Muslimin, yang hanya ingin dikenali sebagai Roslan, 61, berkata, wakaf tempat mayat bayi itu ditemui dibina oleh pihak surau berkenaan.

Katanya, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumka­n oleh seorang penduduk di blok berkenaan

“Saya sempat melihat keadaan bayi itu, bayi perempuan itu saya percaya baru saja dilahirkan.

“Kepalanya masih basah dengan kesan darah dan air, saya lihat bayi itu cukup sifat, jari kaki dan tangan semua cukup, malah tali pusatnya dipotong dengan sempurna.

“Anggota polis kemudian tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan oleh seorang penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias menerusi satu kenyataan mengesahka­n menerima laporan berkenaan kejadian terbabit.

Katanya, mayat bayi perempuan yang masih belum diketahui butirannya itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur siasatan.

 ??  ?? MAYAT bayi perempuan yang dijumpai dalam beg kanvas, semalam.
MAYAT bayi perempuan yang dijumpai dalam beg kanvas, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA polis menyiasat wakaf surau yang menjadi tempat pembuangan bayi.
ANGGOTA polis menyiasat wakaf surau yang menjadi tempat pembuangan bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia