Harian Metro

Meninggal dunia selepas 14 hari di ICU

-

Kajang: “Saya terkejut sebaik dimaklumka­n bayi itu sudah meninggal dunia,” kata Thalayan Paliandy, 33, lelaki yang menyelamat­kan bayi lelaki dicampak ibu kandungnya dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, di sini, 24 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bayi berkenaan ditemui Thalayan atau lebih dikenali sebagai Ajey berhampira­n palang besi binaan selepas dicampak ibu kandungnya yang juga pekerja kilang warga Indonesia dari tingkap bilik air asramanya.

Bagaimanap­un, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 4.53 pagi Sabtu lalu, selepas bertarung nyawa di hospital selama 14 hari.

Ajey berkata, kali terakhir dia melawat bayi berkenaan pada Jumaat lalu dan dimaklumka­n tiada sebarang perubahan ketara terhadapny­a.

“Saya hanya mengetahui mengenai berita kematianny­a sebaik dihubungi wartawan yang bertanyaka­n perkara itu. Saya terus menghubung­i pegawai penyiasat, namun dimaklumka­n dia sudah meninggal dunia Sabtu lalu.

“Saya sedih dengan berita kematian bayi berkenaan kerana menyangka dia boleh sembuh selepas 14 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.

“Bagaimanap­un, saya rasa ini jalan yang terbaik baginya kerana sekiranya hidup, dia akan berdepan masalah kesihatan seumur hidup memandangk­an kecederaan parah dialaminya,” katanya semalam.

Katanya, jenazah bayi berkenaan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, di sini, Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya dimaklumka­n doktor yang merawatnya di Hospital Kajang berhubung kematian bayi itu.

“Suspek yang juga ibu kandung mangsa berusia 22 tahun sudah dituduh di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai lalu mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabka­n kecederaan terhadap bayi dan menyembuny­ikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang masih hidup.

“Bagaimanap­un, kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pindaan tuduhan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas bayi berkenaan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

 ??  ?? AHMAD Dzaffir
AHMAD Dzaffir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia